BTC USD 85,658.0 Gold USD 4,143.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

Hihi
Dah kalah tu dah la
Kempunan nak bentang belanjawan la gamaknya sampai ikat lima
Apapon
Belanjawan yang terbaik
 
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
3 jam

7 IRONI DALAM BELANJAWAN 2020 KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Ironi adalah suatu tindakan bersifat berlawanan atau keadaan yang bertentangan antara apa yang dirancang dengan apa yang dilakukan. Demikian jugalah gambaran umum yang boleh dirumuskan daripada #Belanjawan2020 yang dibentang oleh YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng kelmarin.

Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin parah dengan kedudukan tercorot pasaran saham negara berbanding dengan pasaran dunia, kemasukan pelaburan asing yang meruncing, kejatuhan berterusan nilai matawang negara, kadar pengangguran yang meningkat, hutang negara yang bertambah dan pelbagai indikator ekonomi yang tidak memberangsangkan, #Belanjawan2020 pada awalnya diharapkan dapat menyuntik stimulus penting untuk merangsang kembali ekonomi negara dengan apa yang diistilahkan oleh pakar-pakar ekonomi sebagai ‘counter cyclical measures’.

Namun apa yang terzahir daripada pembentangan kelmarin selain masih terbelenggu dengan sikap ‘menyalah’ kepada kerajaan terdahulu, dan masih tidak ‘move on’ atau bergerak ke hadapan terutamanya untuk melunaskan janji-janji manifesto yang terlalu banyak tidak ditunaikan, banyak pendekatan Kerajaan PH dalam belanjawan kali ini bersifat ironi.

Antara 7 'ironi' besar yang dapat disenaraikan adalah:

(1) Sandiwara kerajaan PH yang sejak dari awal kononnya bertekad mahu menurunkan jumlah hutang negara yang dicanangkan telah mencapai lebih RM1 trillion sehingga melancarkan Tabung Harapan untuk menagih simpati rakyat dengan kutipan lebih RM202 juta. Namun, ironinya YB Menteri Kewangan mengumumkan kelmarin hasrat Kerajaan untuk menambah hutang dengan menerbitkan lagi Bon Samurai yang baharu.

(2) Hampir 1/4 isi ucapan Belanjawan 2020 mengandungi pelan pembinaan kapasiti dan ekosistem Ekonomi Digital bagi negara. Pelbagai insentif, geran, bantuan pinjaman dan dana padanan berjumlah berbilion ringgit disediakan oleh Kerajaan bagi usaha ini sehinggakan setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan yang berpendapatan tahunan RM100,000 bakal menerima RM30 di dalam bentuk e-dompet (e-wallet). Ironinya pada masa sama, Kerajaan Pentadbiran PH mengumumkan akan mula melaksanakan Cukai Digital pada 1 Januari 2020. Cukai inj pastinya boleh melambatkan usaha Kerajaan mencapai sasaran Ekonomi Digital Belanjawan 2020.

(3) Kerajaan PH juga mencanangkan pembangunan seimbang akan dilaksanakan di antara bandar dan luar bandar bagi merapatkan jurang pendapatan kalangan rakyat di kedua-dua segmen geografi. Ironinya, YB Menteri Kewangan hanya mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum sebanyak RM100 dari RM1,100 kepada RM1,200 sebulan pada tahun 2020 bagi mereka yang bekerja di wilayah bandar-bandar utama sahaja.

(4) Dalam Belanjawan 2019, Kementerian Pengangkutan melancarkan Pas Pengangkutan Awam 30 Hari Tanpa Had bernilai RM100 bagi menggalakkan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Ironinya, Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar yang diumumkan pada #Belanjawan2020 sebanyak RM2.2 billion akan dinikmati sebahagian besarnya pemilik kereta. Jadi apakah usaha untuk mengarus-perdanakan pengangkutan awam sebagai pilihan utama akan tercapai, tambahan pula kesan domino daripada pengapungan harga minyak akibat subsidi yang dimansuhkan pasti akan meningkatkan kos pengangkutan awam pada masa depan.

(5) Sandiwara PH sebelum PRU14 seringkali menggambarkan mereka sebagai pejuang untuk mengembalikan pemilikan hartanah negara. Bahkan Tun Mahathir sendiri telah memvideokan drama sadis pada waktu itu apabila beliau turun ke Forest City di Johor dan melabelkannya sebagai projek menjual hartanah negara kepada warga asing dari China. Ironinya, dalam #Belanjawan2020 Kerajaan PH sengaja menurunkan lagi nilai ambang (minimum price) bagi hartanah jenis kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar dari RM1 juta kepada RM600,000 bagi mempermudahkan lagi pemilikan asing terhadap hartanah dalam negara.

(6) Dalam #Belanjawan2020, Kerajaan PH memperuntukkan RM138 juta untuk pembangunan belia negara. Ironinya, kerajaan tidak menyalurkannya kepada badan rasmi belia dan orang muda iaitu Majlis Belia Malaysia yang memayungi 40 badan-badan gabungan belia dengan ribuan cawangan seluruh Malaysia sebagaimana yang sudah termaktub dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Sebaliknya hendak disalurkan kepada entiti yang baru ditubuhkan Kelab Pemuda Belia (YPC) yang terjerat dengan kontroversi baru-baru ini kerana penggeraknya dilantik dari kalangan pimpinan Pemuda ARMADA PPBM.

(7) Dalam #Belanjawan2020 RM6.5 billion diperuntukkan untuk mencipta 350,000 pekerjaan dalam tempoh waktu 5 tahun (bukan 1 juta sebagaimana janji manifesto PH) dengan memperkenalkan insentif gaji sebanyak RM500. Ironinya, RM500 'tambahan' kepada gaji graduan yang menerima tawaran pekerjaan selepas menganggur lebih 12 bulan itu bukanlah tunai yang boleh dibelanjakan tetapi akan dikreditkan ke dalam KWSP. Perlaksanaan #GraduanKerja ini pastinya diragui kerana prosedur ketat caruman KWSP tentu sekali akan merencatkan keberkesanan perlaksanaannya.

Tuntasnya Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih bertanggapan bahawa #Belanjawan2020 adalah lebih berorientasikan politik semata-mata, malah Kerajaan PH masih tidak boleh bergerak ke hadapan dan masih terbelenggu dalam jerat pemikiran ‘pembangkang’ yang hanya pandai mengkritik dan meletakkan segala-gala kesalahan kepada kerajaan terdahulu.

Banyak pendekatan populis jangka pendek yang difokuskan berbanding memanfaatkan peluang yang ada untuk melakukan reformasi struktur ekonomi dengan lebih berani yang boleh menjana kembali ekonomi negara.

Antara yang sepatutnya diberikan fokus termasuklah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berpendapatan dan berkepakaran rendah, meningkatkan kapasiti pekerja tempatan berkemahiran, meneroka bidang ekonomi baru yang lebih kreatif dan berinovatif bagi menggurangkan kebergantungan kepada industri lama yang makin tidak kompetitif di pentas perdagangan antarabangsa, dan memberi penumpuan kepada aspek penyelidikan dan pembangunan RnD bagi mentransformasi kaedah operasi kebanyakan industi utama negara seperti perladangan dan perkhimatan.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
12 Oktober 2019

73495190_2945361515493876_8114199636060667904_n.jpg


 
Najib Razak

· 2 jam

Saya semak semula ucapan bajet 2020 dengan bajet 2019.

Dalam ucapan bajet 2019, Guan Eng peruntukkan RM5 bilion untuk memberi Bantuan Sara Hidup kepada 4.1 juta isi rumah.

Dalam bajet RM2020, Guan Eng jugaperuntukkan RM5 bilion untuk memberi Bantuan Sara Hidup.

Tetapi ianya dikurangkan menjadi 3.9 juta isi rumah sahaja.

Bagaimanapun, Guan Eng juga janji memberi BSH sebanyak RM300 untuk orang bujang yang berumur 40 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.

BN perkenalkan BR1M bujang pada tahun 2012. Masa itu pun sudah RM250 dan dinaikkan ke RM300 pada tahun 2013.

Masa BN, BR1M orang bujang dibayar kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas.

Tahun 2017, kita sudah bayar RM450 untuk BR1M bujang dan untuk tahun 2018, kita janji bayar RM600 jika kita menang PRU14.

Rekod kita sejak tahun 2012 ialah bayaran BR1M akan naik setiap tahun untuk sepadan dengan kenaikan hasil negara setiap tahn.

Jika kita masih mentadbir, sudah tentu bayaran BR1M bujang akan terus menaik sehingga RM900 untuk tahun 2020 kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas.

Tetapi di bawah PH, mereka yang berumur 40 tahun ke atas yang akan layak.

Sebenarnya, BSH orang bujang sebanyak RM100 untuk mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dibayar oleh PH pada tahun ini tidak pernah diperuntukkan dalam bajet 2019.

Disebabkan PH terdesak untuk menang PRK Semenyih masa itu, mereka tiba-tiba umum BSH orang bujang RM100.

Oleh itu, anak muda berumur 21 tahun hingga 39 tahun yang ingin mendapat BSH RM100 orang bujang perlulah berharap akan ada ;lagi PRK pada tahun depan.



72389174_10156409103590952_7008738688305725440_n.png


 
Ku Seman Ku Hussain
2 jam

Menurut "pakar-pakar" PH yang menulis di Facebook, Belanjawan 2020 adalah yang terbaik. Saya tidak arif tentang belanjawan @ belanja dan tawan, saya baca sajalah. Saya biar "pakar-pakar" saja yang bercakap. Hebat ulasan mereka.



Biasa lah benda benda pakar nie
Dlm suatu sela masa sesuatu kerajaan
Mesti ada benda yg kita setuju dan kita tak setuju
Mcm dulu dulu
Org setuju dgn rosmah bershopping duit rakyat
Sekarang org tak setuju dah

Pusing la berapa kali kerajaan
Benda nie tetap akan ada
 
Biasa lah benda benda pakar nie
Dlm suatu sela masa sesuatu kerajaan
Mesti ada benda yg kita setuju dan kita tak setuju
Mcm dulu dulu
Org setuju dgn rosmah bershopping duit rakyat
Sekarang org tak setuju dah

Pusing la berapa kali kerajaan
Benda nie tetap akan ada


aah ye tn PK2013, takpa, kita layan je :)
kebebasan bersuara kan,
tapi hak kita utk pilih stand mana, utk berpendirian mcmana setelah kita teliti hujah diorang..
apa oram kata, no one is to impose his/her opinion on others :)
 
Semak prestasi belanjawan setiap 6 bulan - Tok Pa

Diterbitkan Hari ini 3:21 petang | Dikemaskini Hari ini 3:21 petang

b64d9959b3b9d4ef74a1a7bfc64b5ea6.jpeg


Belanjawan 2020 dijangka meningkatkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia, namun kemajuannya perlu dipantau secara berterusan bagi memastikan keberkesannya.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet yang juga Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed, berkata prestasi pembangunan dan hasil kerajaan perlu disemak setiap enam bulan.

"Elok dimaklumkan kepada rakyat Malaysia apa yang telah dicapai dari segi perbelanjaan, khususnya pembangunan dan hasil,” katanya kepada Bernama selepas Program Ruang Bicara, di Wisma Bernama.

Mustapa berkata Belanjawan 2020 antara lain adalah lebih menyeluruh merangkumi persediaan masa hadapan, digital, Revolusi Industri 4.0.

Menurutnya, ramai menjangkakan kerajaan mungkin mengurangkan perbelanjaan dalam Belanjawan 2020 berikutan kedudukan semasa yang mencabar.

“Namun kerajaan masih mampu menambah perbelanjaan. Tidak terlalu dogmatik dan terus berbelanja.

"Jadi seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, ramai yang gembira,” katanya, menambah kerajaan perlu menambah baik komunikasi dan membuat penjelasan kepada rakyat mengenai polisi yang dilakukan.

Pada pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan memperuntukkan RM297 bilion untuk 2020, peningkatan RM19.5 bilion berbanding RM277.5 bilion, tahun lepas.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah itu tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion.
Belanjawan 2020 merangkumi RM241 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus dan baki RM56 bilion lagi untuk Perbelanjaan Pembangunan.

Hasil kerajaan dijangka mencecah RM244.5 bilion pada tahun depan iaitu peningkatan sebanyak RM11.2 bilion berbanding 2019, tanpa mengambil kira dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion.

- Bernama

 
Belanjawan 2020: Pengkhianatan kepada kaum India - Naib presiden MIC

Diterbitkan Hari ini 3:31 petang | Dikemaskini Hari ini 3:31 petang

b34795d8b1e33a4c221fcb1a717010dc.jpeg


Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng merupakan satu lagi pengkhianatan Kerajaan Pakatan Harapan kepada kaum India.

Demikian kata Naib Presiden MIC, C Sivarraajh yang menyifatkan kaum India seolah-olah telah dianaktirikan dalam belanjawan tersebut.

"Secara umumnya, terdapat tiga peruntukan utama yang telah dikhaskan untuk masyarakat India dalam belanjawan tersebut.
"Jumlah tersebut amatlah rendah jika dibandingkan dengan jumlah yang diperuntukkan oleh kerajaan BN sebelum ini bagi tujuan yang sama," katanya dalam kenyataan media, selepas kerajaan PH membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, dalam Belanjawan 2017, Kerajaan BN telah memperuntukkan hampir RM260 Juta.

Jelasnya lagi, daripada jumlah itu, RM50 juta disediakan bagi program peningkatan kapasiti dan pendapatan, RM150 juta untuk program pembiayaan perniagaan melalui Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia, RM50 juta untuk menambah baik dan penyelengaraan sekolah Tamil dan RM10 juta untuk memperluas kan program pra-sekolah di 50 sekolah Tamil.

bffc6c844e2a910f3459b6826da03b56.jpg


"Jumlah peruntukan ditambah pada Belanjawan 2018 termasuk skim pinjaman pelaburan khas kepada golongan B40 masyarakat India," katanya.

Dalam Belanjawan 2020, masyarakat India di peruntukkan RM170 juta, termasuk pembiayaan Tekun Nasional RM20 juta, pembangunan sekolah Tamil RM50 juta, dan RM100 di bawah Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra).

Sivarraajh turut mempertikaikan menteri bertanggung jawab hal ehwal masyarakat India, P Waythamoorthy yang menyatakan bahawa kerajaan PH akan mewujudkan peruntukan khas pembangunan sosio ekonomi kaum India bernilai RM4 bilion bagi tempoh 10 tahun di Dewan Negara pada 29 Ogos 2018.

"Apa terjadi dengan dana tersebut?"

"Jika sebelum ini pemimpin-pemimpin India PH sering melaungkan kerajaan BN telah mengkhianati masyarakat India, hari ini terbukti bahawa yang sebenarnya mengkhianati masyarakat India adalah kerajaan PH sendiri.

"Namun hakikatnya mereka (PH) telah mengkhianati kepercayaan masyarakat India melalui Belanjawan 2020 yang tidak langsung mencerminkan sebarang komitmen dalam membangunkan masyarakat India," tambahnya lagi.

 
Back
Top
Log in Register