BTC USD 85,614.6 Gold USD 4,164.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

peribahasa cina ada kata 指鹿为马 - Zhi Lu Wei Ma ...

maksudnya rusa dikatakan kuda...

walaupun rusa nak kata kuda juga...

habis menteri dibunuhnya sapa kata rusa...pemerintahan zaman Maharaja Qin'ershi .

memang bangang..

asal usul DNAnya mcm gitu..nak buat mcm mana lagi
 
Ni lah hasil kebijakan #Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.. diam2 D4P bagi bajet besar kat kaum mereka..

Bilangan SK 5874
Bilangan SMK 1989
Bilangan SJK (C) 1298
SJK (T) 525
Asrama Penuh 69
Sekolah Agama 59
Sekolah Persendirian Cina 64

Bila dikira..
Sekolah Kebangsaan dapat 38k bagi setiap sekolah
Manakala
Sekolah Persendirian Cina dapat 234k bagi setiap sekolah

Data bilangan sekolah Dikemaskini oleh KPM bagi tahun 2018

Fikir2kan sekolah persendirian cina yg mewah masih dibantu. Dah lah tak ikut silibus KPM.. istimewanya sekolah persendirian ni dimata KPM
Sekolah cina dapat 234k satu sekolah
 
Klo mng bru leh sembang

Ni jd kerajaan bajet bg pd swasta..

Bukan tahap ***** dah ni

Tahap tolol pun terlebih sampai dah ni

Menang baru leh sembang
Mcm tu kambing pon boleh sembang
Tunggu kambing jadi kerajaan la nampaknya
Entahhh bilaaaa laaaa bolehhh menanggg
 
Aminuddin Yahaya
1 jam ·
Nampaknya memang sudah tiada usaha untuk membantu graduan yang terbeban dengan hutang PTPTN, seperti yang dijanjikan selama sekian lama dahulu.
#Belanjawan2020




Belanjawan 2020 tak sentuh langsung isu PTPTN: Aminuddin
Adakah kerajaan akan terus bergantung pada pinjaman asing?

12/10/2019

belanjawan-muka-depan.jpg


BANGI, 13 Safar 1441H, Sabtu – Gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menzahirkan rasa kesal apabila Belanjawan 2020 – belanjawan kedua Kerajaan Pakatan Harapan (PH) – langsung tidak menyentuh isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menjadi beban kepada graduan.

Presiden Isma, Aminuddin Yahaya berkata, kerajaan sekurang-kurangnya perlu kemukakan penyelesaian untuk meringankan beban graduan walaupun PH sebelum ini pernah berjanji untuk menghapuskan PTPTN.

“Insentif kepada graduan yang menganggur pula hanya diberikan kepada yang menganggur lebih 12 bulan. Sepatutnya kerajaan merendahkan lagi tempoh ini kerana kerajaan perlu memikirkan pada mereka yang sudah mempunyai tanggungan pada seawal mereka tamat pengajian,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Merujuk kepada pembentangan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam, Aminuddin berpandangan Belanjawan 2020 tidak banyak projek dan idea baharu melainkan perbelanjaan mengurus agak tinggi iaitu RM 241 bilion.

“Mungkin kerajaan lebih tumpukan pada Private Finance Initiative (PFI). Namun, untuk jangka masa panjang, penumpuan kepada PFI hanya akan ditanggung oleh rakyat kerana syarikat-syarikat akhirnya akan ‘berikan kembali’ kos-kos ini kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan sepatutnya memperbanyakkan lagi perbelanjaan pembangunan (sekarang: RM 56 billion).

“Selain itu, sumber pendapatan kerajaan tidak dinyatakan dengan jelas untuk menampung segala perbelanjaan ini. Adakah kerajaan akan terus meminjam-minjam untuk mendapatkan wang?

“Walhal jumlah hutang semakin meningkat. Tindakan ini boleh mengakibatkan rating negara akan jatuh,” katanya.
Aminuddin yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) berkata, Belanjawan 2020 terlalu banyak insentif diberikan kepada industri digital walaupun industri ini bukanlah ‘labour intensive’.

“Jadi, di manakah yang dikatakan kerajaan akan wujudkan puluhan ratusan ribu peluang pekerjaan baru? Pembelian hartanah oleh warga asing diturun dan dilonggarkan kepada RM 600 ribu untuk menyelesaikan masalah rumah tidak terjual dengan mudah.

‘Ini satu langkah yang bahaya dan boleh menyebabkan lambakan warga asing di negara kita kerana mata tukaran asing yang murah. Saya harap agar kerajaan dapat memberi perhatian pada kebimbangan yang saya lontarkan. Saya yakin rakyat juga mempunyai kebimbangan yang sama,” kata beliau.

 
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
3 jam

Bajet Bertambah, Hutang Pun Bertambah

Pembentangan Bajet 2020 dengan peruntukan sebanyak RM297 bilion semalam tidak banyak berbeza dengan Bajet 2019. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM19.5 bilion berbanding RM277.5 bilion bagi 2019.

Dalam Bajet 2019 Kerajaan membuat anggaran peruntukan berdasarkan harga purata minyak mentah AS$70 setong. Bagaimanapun pada masa kini harga minyak mentah hanya berlegar sekitar AS$55-60 setong. Bagi bajet 2020 ini Kerajaan menganggarkan harga minyak sekitar AS$62 setong ( keep your fingers crossed Guan Eng)

Dalam masa yang sama, Malaysia juga berhadapan kejatuhan eksport dan harga minyak sawit. Ini semua menjejaskan sumber pendapatan negara pada tahun 2019 dan dijangka berterusan pada 2020.

Justeru peningkatan peruntukan hampir RM20 bilion dalam Bajet 2020 menimbulkan kecurigaan rakyat, mengenai kemampuan kerajaan merealisasikan semua peruntukan, yang diumumkan berdasarkan sumber-sumber lain.( nak naik cukai atau buat cukai barulah agaknya tu)

Kerajaan juga sudah pun menyatakan hasrat, untuk mnerbitkan bon samurai( berhutang dengan negara Jopon) lagi pada tahun hadapan. Penerbitan bon-bon samurai ini jika tidak diurus dengan baik akan menjadi satu beban kewangan kepada kerajaan pada masa hadapan, terutama jika Ringgit lemah dan Yen tinggi ketika tempoh matang bon.

Dalam keadaan Menteri Kewangan, beberapa kali menyebut kerajaan berhadapan dengan beban hutang kerajaan lalu, rupanya beliau juga membuat hutang yang akan membeban generasi akan datang pula.

Berita Harian Online memetik laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020, bahawa Kerajaan Persekutuan dijangka membuat pinjaman kasar, pada tahun ini, sebanyak RM135.2 bilion atau 8.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Daripada jumlah itu sebanyak RM83.3 bilion digunakan untuk membayar semula hutang sedia ada, manakala bakinya untuk pembiayaan defisit sebanyak RM51.8 bilion.

Dengan kata lain kerajaan bayar hutang sebanyak RM83.3 bilion, tetapi dalam masa yang sama, berhutang semula RM135.2 bilion. Jadi bagaimana kerajaan PH boleh mengurangkan hutang negara.

Ini mengingatkan saya kepada lagu lama , ‘gali lubang, tutup lubang’ oleh Saleh Yaakob yang menceritakan kisah orang yang berhutang, meminjam pula dengan orang lain, untuk membayar hutang sebelumnya.

Apa yang berlaku sekarang ialah kerajaan membuat lubang yang lebih besar, bagi menutup lubang kecil. Jika ini tidak diuruskan dengan betul, kita khuatir pada masa hadapan kita semua akan masuk lubang yang lobih bosar yang digali kerajaan PH.

Namun dalam masa yang sama saya mengalu-alukan pemberian insentif dan bantuan, kepada rakyat B40, dan insentif menggalakan penggajian rakyat tempatan, yang dirancang dalam Bajet 2020.

Cabaran terbesar dalam sesuatu penyediaan bajet bukanlah pembentangan, tetapi pelaksanaannya.
Harapan kita ialah, bajet ini TIDAK mengulangi pencapaian bajet tahun lalu, yang jelas TERSASAR dari matlamat...

Dato Seri Utama Hj Mohamad bin Haji Hasan
Timbalan Presiden UMNO

 
Ab Jalil Backer
2 jam ·

Lim Guan Eng dan Pak Man Telo
Setakat pinjam RM135 bilion untuk bayar hutang RM80 bilion, Pak Man Telo pun boleh buat.
Jadi tak payahlah Lim Guan Eng buat ucapan konon susah payah cari duit hendak bayar hutang 1MDB. Malulah sikit dengan rakyat.
Bayar hutang 1MDB pun tak sampai RM5 bilion. Yang banyak tu hutang apa? 😂



 
Back
Top
Log in Register