BTC USD 86,197.1 Gold USD 4,143.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

EGlZhDNVUAQIoj0


#Belanjwan2020
#RTMBelanjawan2020
​
 
Peruntukan RM20 juta kepada MDEC untuk memupuk jaguh tempatan dalam menghasilkan kandungan digital .

Geran padanan 50% berjumlah sehingga RM5 ribu untuk meningkatkan pendigitalan operasi syarikat kecil dan sederhana Malaysia.

Geran padanan Automasi Pintar (sehingga RM2 juta) kepada 1000 syarikat pembuatan dan 1000 syarikat perkhidmatan untuk mengautomasikan proses perniagaan.

14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti akan ditubuhkan di setiap negeri untuk memudahkan akses kepada pembiayaan dan pembangunan kapasiti perniagaan.

RM20 juta disediakan untuk Cradle Fund untuk melatih dan memberi geran kepada usahawan teknologi berimpak tinggi.

Tanggungjawab Sosial Digital (DSR) adalah komitmen sektor perniagaan untuk meningkatkan keupayaan tenaga kerja dengan kemahiran digital untuk masyarakat yang memerlukan. Sumbangan sektor swasta dalam aktiviti DSR akan diberikan potongan cukai.
 
RM10 juta disediakan kepada MDEC untuk melatih usahawan mikro-digital dan pakar teknologi bagi memanfaatkan e-Marketplaces dan platform media sosial.

Mengiktiraf potensi tinggi e-Sukan, kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM20 juta.
 
Rangsangan digital secara bernilai RM30 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100ribu.

Boleh ditebus melalui e-Dompet dan digunakan bermula 1 Januari 2020 hingga 29 Februari 2020.
 
Penambahbaikan Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan (SJPP) melalui peningkatan jaminan Kerajaan ke 80% dengan pengurangan yuran jaminan 0.75%.

Kemudahan jaminanan RM500 juta khusus untuk usahawan wanita melalui SJPP.
 
mcm biasa utk penjawat awam RM500 :p :p
 
Back
Top
Log in Register