BTC USD 85,217.6 Gold USD 4,136.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanjawan 2020

Tuduhan rasuah salah tadbir urus kerajaan BN jadi pembuka Belanjawan 2030, timbulkan kegawatan dalam dewan

mula² da sebut x pasal² riuh dewan...
 
Kerajaan berjaya mengawal inflasi pada 0.2% dalam tempoh separuh pertama 2019, berbanding 1% pada 2018 dan 3.7% pada 2017.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan KDNK dalam separuh tahun pertama 2019 4.7%, dengan pertumbuhan 4.9% dalam suku kedua.
 
Kadar inflasi 2019 dijangka pada 0.9%

"Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula GST"

Malaysia merekodkan imbangan perdagangan berjumlah RM92.5 bilion dari Jan-Ogos 2019.

Imbangan pembayaran Malaysia kekal positif, dengan lebihan akaun semasa RM43.4 bilion dan rizab antarabangsa RM431.3 bilion.
 
Teras Pertama #Belanjawan2020: Memacu Pertumbuhan Ekonomi dalam Ekonomi Baharu dan Era Digital

Teras Kedua #Belanjawan2020: Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan

Teras Ketiga #Belanjawan2020: Mewujudkan Masyarakat yang Bersatu, Inklusif dan Saksama

Teras Keempat #Belanjawan2020 Memulihkan Institusi dan Kewangan Awam
 
"Perang perdagangan yang berlarutan mewujudkan peluang yang unik untuk Malaysia kembali menjadi destinasi pilihan utama bagi FDI yang mempunyai nilai tambah tinggi"

FDI yang diluluskan telah meningkat 47% kepada RM80.1 bilion pada 2018 berbanding dengan RM54.4 bilion pada 2017.

Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa >>Nasional Mengenai Pelaburan (NCI), yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
 
Kerajaan juga akan menyediakan pakej galakan pelaburan istimewa bernilai sehingga RM1 bilion setahun untuk tempoh 5 tahun untuk menarik syarikat Fortune 500 dan 'global unicorns' dalam sektor berteknologi tinggi, pembuatan, kreatif dan ekonomi baharu

Kerajaan juga akan menawarkan pakej galakan pelaburan istimewa bernilai sehingga RM1 bilion setahun untuk tempoh 5 tahun kepada syarikat tempatan yang berupaya menebus pasaran dunia.
 
Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM10 juta kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) meningkatkan pemantauan dan memastikan pelaburan direalisasikan selepas diluluskan
 
Back
Top
Log in Register