BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belanja RM1 bilion besarkan KLCC

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUALA LUMPUR - KLCC Property Holdings Bhd. (KLCCP) memperuntukkan RM1 bilion untuk pembangunan baru podium runcit dan pejabat Lot C menerusi program pembesaran hartanah Suria KLCC sedia ada.

Pengarahnya, George Ratilal berkata, pembangunan Lot C membuktikan komitmen KLCCP untuk terus meningkatkan portfolio hartanahnya dengan kualiti aset bertaraf dunia.

"Tumpuan kami ialah mengekalkan prestasi segmen runcit yang memperoleh manfaat daripada jumlah pengunjung yang besar di KLCC dan gandingan penyewa yang mementingkan jenama baru untuk bertapak di Suria KLCC," katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini semalam.

"Lot C merupakan pembangunan besar dan akan menambah nilai ruang pejabat dan runcit sedia ada di Suria KLCC," katanya
SUMBER
 
jgn anak tirikan syarikat melayu dah laa..
 
nak besar mana lai...huhuhu...bangunan klcc tu pn tak abih guna lg
 
KUALA LUMPUR - KLCC Property Holdings Bhd. (KLCCP) memperuntukkan RM1 bilion untuk pembangunan baru podium runcit dan pejabat Lot C menerusi program pembesaran hartanah Suria KLCC sedia ada.

Pengarahnya, George Ratilal berkata, pembangunan Lot C membuktikan komitmen KLCCP untuk terus meningkatkan portfolio hartanahnya dengan kualiti aset bertaraf dunia.

"Tumpuan kami ialah mengekalkan prestasi segmen runcit yang memperoleh manfaat daripada jumlah pengunjung yang besar di KLCC dan gandingan penyewa yang mementingkan jenama baru untuk bertapak di Suria KLCC," katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini semalam.

"Lot C merupakan pembangunan besar dan akan menambah nilai ruang pejabat dan runcit sedia ada di Suria KLCC," katanya.
 
apsal mahal ye?

bahan mentah..

atau kos hartanah...
 
Wah.... Malasia sikit2 bertaraf dunia!

Bila le agaknye menteri2 malasia bertaraf dunia ni nak perbaiki tandas awam, kemudahan awam, taxi awam!, bas awam, jalanraya awam bertaraf dunia?

Wa... Cukup geli bila dengar bertaraf dunia.
 
betul da.. jalan kat KL pon banyak lubang2... apa nak jadi da, takan tunggu pru da...
 
Back
Top
Log in Register