Belajar Melabur Saham di Bursa Malaysia

CG Sponsors

SiRentap

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2009
Messages
6,618
Reaction score
393
Points
81
Thread ini dibuka khas utk soal jawab Saham di Bursa Malaysia. Saya akan cuba jawab setakat yang mampu :p

Macammana nak mula?

1. Pergi aje mana2 investment banks/broker house yg berdekatan..register buka CDS dan trading acct..yuran cuma RM10 aje
2. lepas register, login aje dkt platform broker dah boleh melabur..pilih mana2 saham yg berkenan dihati.
3. Sebelum membeli saham tuh..cuba2 la kaji dulu latarbelakang syarikat, berita2 terkini syarikat tuh..baca2 surat khabar sikit ruangan ekonomi
klu harga kaunter saham seunit RM1, jumlah unit minimum saham yg boleh dibeli adalah 100 unit X RM1 = RM100....invest la banyak sikit baru nampak sikit untungnya, recommended RM1000 keatas lagi banyak lagi bagus

Lebih kurang macam Trading Forex jugak tapi tenang sikit la, mesti ada Cut Loss utk mengelakkan kerugian semakin membesar

selamat berkongsi :)cgrock

Masa-masa berurusniaga di Bursa Malaysia
Isnin - Jumaat, Mula(8.30a.m - 12.30p.m), Rehat(12.30p.m-2.00p.m), Sambung(2.00p.m-5.00p.m), kecuali Public Holiday

Boleh download free charting software dkt link bawah(untuk teknikal analisis)
http://www.chartnexus.com/software/cnx.php

Boleh check senarai broker yang berdaftar dengan bursa malaysia berdekatan dgn tempat anda di link bawah mengikut negeri masing2
http://www.klse.com.my/website/bm/brokers/equities/list_of_brokers_alpha.html

Semak harga saham semasa(delayed 15 minit)
http://www.klse.com.my/website/bm/market_information/prices/index.jsp

Free stocks research report by bursa malaysia klik link dibawah
http://www.klse.com.my/website/bm/listed_companies/cmdf_bursa_research_scheme/eResearch.jsp

Boleh buka portfolio demo dkt link bawah secara percuma, kena register dkt star online
http://biz.thestar.com.my/members/login.asp?cb=http://biz.thestar.com.my/portfolio/&vcid=biz32

Online Business News yang disarankan utk baca dari masa ke semasa utk perkembangan terkini kaunter2 saham
http://www.theedgemalaysia.com/
http://www.btimes.com.my/
http://biz.thestar.com.my/

Element2 yg penting untuk anda kuasai jika betul2 serius dalam perdagangan saham
1. Membuat keputusan membeli/menjual/cut loss berdasarkan teknikal analisi - memandangkan saham hanya one way(graf menaik sahaja boleh untung) maka suda memadai klu kita hanya tahu melukis garis2 support dan resistance, fahami kegunaan moving average.

Belajar melukis Support dan Resistance
http://stockcharts.com/school/doku.php?id=chart_school:chart_analysis:support_and_resistan

Belajar Moving Average ( untuk melabur jangka pendek (3-6 bulan) memadai menggunakan MA 20 atau MA 30, klu jangka panjang (3-5 tahun) boleh guna MA 50, MA100.
http://stockcharts.com/school/doku.php?id=chart_school:technical_indicators:moving_averages

2. Kebolehan untuk membaca financial ratios dan menapis saham melalui research report dari brokerage house(fundamental analisis).
- Dua buku yg pernah saya baca dan recommended ialah 1. I Love Stocks by Pauline Yong 2. How to make money from your stock investment even in a falling market by HO KOK MUN

Mereka2 yang hardcore dgn saham ni biasanya mahir membaca dan mengira sendiri financial ratios dari laporan kewangan syarikat yang boleh didapati diwebsite syarikat(biasanya di raungan investor relation) . Tiga jenis laporan itu ialah 1. Income statement 2. Balance Sheet statement 3. Cashflow statement

Bahan bacaan lain utk meningkatkan lagi kemahiran kita dalam stock trading
1. Secret of successfull trader (ebook dalam english) http://www.equis.com/marketing/emailimages/ebook.pdf
 
Last edited:
Sponsored Post

CeiQ

Fun Poster
Joined
Apr 26, 2010
Messages
682
Reaction score
0
Points
10
bagus2...member pun ade citer pasal ni...
tgh kumpul modal utk terjun...:)cgrock
 
youngbill

Fun Poster
Joined
Jul 26, 2009
Messages
720
Reaction score
4
Points
15
kalau takde cash leh je keluakan dari EPF.

p/s: sorry tt tumpang lalu...:D
 
General Juhziz

Super Active Member
Joined
Apr 21, 2010
Messages
8,682
Reaction score
254
Points
81
Thread ini dibuka khas utk soal jawab Saham di Bursa Malaysia. Saya akan cuba jawab setakat yang mampu :p

Macammana nak mula?

1. Pergi aje mana2 investment banks/broker house yg berdekatan..register buka CDS dan trading acct..yuran cuma RM10 aje
2. lepas register, login aje dkt platform broker dah boleh melabur..pilih mana2 saham yg berkenan dihati.
3. Sebelum membeli saham tuh..cuba2 la kaji dulu latarbelakang syarikat, berita2 terkini syarikat tuh..baca2 surat khabar sikit ruangan ekonomi :">

klu harga kaunter saham seunit RM1, jumlah unit minimum saham yg boleh dibeli adalah 100 unit X RM1 = RM100..:))..invest la banyak sikit baru nampak sikit untungnya, recommended RM1000 keatas lagi banyak lagi bagus :))

Lebih kurang macam Trading Forex jugak tapi tenang sikit la, mesti ada Cut Loss utk mengelakkan kerugian semakin membesar :eek:

selamat berkongsi :)cgrock

Masa-masa berurusniaga di Bursa Malaysia
Isnin - Jumaat, Mula(8.30a.m - 12.30p.m), Rehat(12.30p.m-2.00p.m), Sambung(2.00p.m-5.00p.m), kecuali Public Holiday

Boleh download free charting software dkt link bawah(untuk teknikal analisis)
http://www.chartnexus.com/software/cnx.php

Boleh check senarai broker yang berdaftar dengan bursa malaysia berdekatan dgn tempat anda di link bawah mengikut negeri masing2
http://www.klse.com.my/website/bm/brokers/equities/list_of_brokers_alpha.html

Semak harga saham semasa(delayed 15 minit)
http://www.klse.com.my/website/bm/market_information/prices/index.jsp

Boleh buka portfolio demo dkt link bawah secara percuma, kena register dkt star online
http://biz.thestar.com.my/members/login.asp?cb=http://biz.thestar.com.my/portfolio/&vcid=biz32

Online Business News yang disarankan utk baca dari masa ke semasa utk perkembangan terkini kaunter2 saham
http://www.theedgemalaysia.com/
http://www.btimes.com.my/
http://biz.thestar.com.my/
boleh ajar kan cmne nk pilih suatu saham tu berdasarkan report tahunan???

per earning ratio?
& lain2 lg.. aku penah dgr bnda ni ja..tp xtau apa bnda tu,mane yg elok..huhuhuhu
 
SiRentap

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2009
Messages
6,618
Reaction score
393
Points
81
boleh ajar kan cmne nk pilih suatu saham tu berdasarkan report tahunan???

per earning ratio?
& lain2 lg.. aku penah dgr bnda ni ja..tp xtau apa bnda tu,mane yg elok..huhuhuhu

nak analisis secara fundamental mmg memerlukan banyak masa utk wat research. saya lebih prefer menggunakan reserach report yang boleh didapati atau website broker.

antara perkara2 yg perlu di lihat dalam reserach report
1. tgk menaik tak untung bersih(net earning) dari tahun ke tahun
2. tgk keadaan hutang, lebih banyak asset dan availabe cash daripada hutang lebih bagus
3. tgk apa projek2 yang ada dalam tangan dan future planning

Dalam research report itu memang ada financial ratios. Tapi yang penting adalah seperti di bawah.

EPS - tengok dan compare EPS dengan EPS yg lepas2 > 3 years..makin besar % makin power la saham tuh.

NTA / P/NTA - asset tangible company/ price to tangible asset ..pick saham yg harga dibawah nilai NTA atau P/NTA

P/E - Price to equity ratio..cari saham yg rendah P/E..P/E < 15.

ROE - Return on Equity ..kita boleh nilai syarikat punya management melalui nilai nie..pilih saham yg ROE at least > 15 % consistent for 5 years.

-DER - Debt Equity Ratio - klu harga saham RM1 sesaham dan DER 0.5 bermakna hutang syarikat adalah RM0.50 sen bagi setiap RM1 saham tersebut.

DY - Dividen Yield..semakin besar DY % semakin power la saham itu, seboleh2nya cari yg DY % > bond dividen atau 5%

boleh juga download laporan kewangan tahunan syarikat di website syarikat tersebut(biasa dalam ruangan investor relation).
Laporan kewangan ada 3 jenis:
1. Income statement
- Sini kita boleh tahu samaada syarikat untung atau rugi dalam tahun2 yg dinyatakan

2. Balance Sheet statement
-kita boleh tahu apa asset2 yg syarikat ada dan apa hutang2 yg syarikat miliki.

3. Cashflow statement
-kita boleh tahu aliran masuk/keluar wang syarikat, syarikat dapat income dari property rent ke, beli new property ke, guna wang utk invest dkt oversea ke..pendek kata kite tahu mcmmana syarikat gunakan wang utk memperkembangkan lagi bisnes

:)cgrock

P/S: saya lebih kepada trading secara teknikal analisis(entry dan exit strategy). Saya hanya menapis saham2 menggunakan research report dari brokerage house dengan menggunakan financial2 ratio di atas
 
Crab Hammer

Active Member
Joined
Mar 4, 2011
Messages
1,055
Reaction score
25
Points
30

bagus:)cgrock:)cgrock:)paid:)paid

post ko memang sangat bagus bro:)cgrock

bro, kalau aku nk berguru dengan bro boleh x??

online coaching :D:D

minat dgn IPO, tapi xtau IPO tu bagus ke tidak

harap bro sudi membantu.by the way bro area mane ye??kalau dekat boleh berguru Face to face:">
 
SiRentap

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2009
Messages
6,618
Reaction score
393
Points
81
bagus:)cgrock:)cgrock:)paid:)paid

post ko memang sangat bagus bro:)cgrock

bro, kalau aku nk berguru dengan bro boleh x??

online coaching :D:D

minat dgn IPO, tapi xtau IPO tu bagus ke tidak

harap bro sudi membantu.by the way bro area mane ye??kalau dekat boleh berguru Face to face:">
huhuhu..aku ni petai aje bro...saja nak kongsikan ilmu2 saham ni

saya tak pernah beli IPO..saya hanya trade saham2 yang dah berada lama dkt bursa malaysia

klu nak beli IPO pastikan syatikat itu memang dah terkenal atau syarikat itu ada hubungan dengan syarikat yg dikenali ramai mcm baru2 ini petrochem anak syariakt pertonas

klu syarikat IPO tu tak ternama, cuba2 la check laporan kewangan pastikan records lima tahun profit bersih semua hijau jgn pernah rugi klu nak selamat ..hutang2 jgn lupa check juga..syarikat ini kaki loan dgn bank, banyak jugak syarikat yg hutang lagi banyak dari total asset..akhirnya dividen tak boleh bayar atau berkurangan..ada juga yg jatuh jadi kaunter PN17(kaunter2 bermasalah)

:)cgrock

:)cgrock
 
Last edited:

Felix23

Active Member
Joined
Mar 23, 2008
Messages
1,605
Reaction score
23
Points
25
tt, biase trade hari2 range naik turun dia byk mane ye.. nk kire bajet profit loss per day bape leh dpt or rugi.. :)
 
SiRentap

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2009
Messages
6,618
Reaction score
393
Points
81
tt, biase trade hari2 range naik turun dia byk mane ye.. nk kire bajet profit loss per day bape leh dpt or rugi.. :)
bagi saya pergerakan harga sehari tak begitu penting sbb saya ni akan pegang saham tuh sampai 3-6 bulan dan mungkin sampai setahun :">

melainkan klu you nak main kontra atau intraday dalam amount yg besar..masuk hari tuh keluar hari tuh juga. Cara ini kena ada kemahiran yg tinggi kerana biasanya saham2 yg dibeli adalah saham2 spekulatif. Masuk dengan Lot yang besar dgn pergerakan 2-5 sen pon dah memberikan impak yg besar.

saya biasa beli dkt support dan jual dkt resistance, cut loss klu saham jatuh dibawah support dgn jumplah risiko yang telah ditetapkan. ( download charting software dkt page 1 dan berlatih melukis garis2 support dan resistance)...resistance boleh digunakan sebagai target profit.

klu graf cantik menaik saya akan gunakan moving average 30, pegang sahaja saham itu selagi harga saham di atas moving average, keluar bila harga turun melepasi moving average 30.
Cara ini utk memaksiumkan profit, tapi jgn tamak sangat selalu saya kelaur bila profit dah 20%-30% dari modal

Nak tentukan risiko bergantung pada modal anda.
Lagi banyak saham dibeli lagi tinggi risikonya.
Sikit yang dibeli kurang lah risikonya.

Contoh kawalan risiko:
Contoh klu ada modal RM5000
You nak risikokan RM200 sahaja dari modal
katakan you nak beli dkt harga seunit RM1.50 dgn risk 5% atau bersamaan dengan RM0.075, Jadi you kena cut loss dkt RM1.50-RM0.075 = RM1.43

Jadi jumlah saham yang patut anda beli adalah RM200/RM0.075 = 2666 saham.

Jadi jumlah yg patut anda laburkan ialah 2666 saham X RM1.50 = RM3999

Jangan laburkan kesemua RM5000.

pelan2 la baca faham yer sambil minum kopi panas :)cgrock
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register