aku dalam proses nak buat mesin cnc... sebagai langkah pertama
kemudian nak buat laser scanner, guna laser pointer dan webcam. google : david 3D laser scanner
kemudian buat mesin vacuum forming...
kemudian buat relau lebur logam...
kemudian buat.....
vacuum forming kalau untuk benda kecil boleh, bumper jangan....
sebabnya? vacuum forming hanya untuk plastik thermoplastic, bukan untuk thermoset.
thermoset hanya diacu sekali sahaja, bila sejuk ikatan polimer dah jadi kukuh.
thermoplastik boleh dipanas, dan lembik, dan sejuk jadi keras, bila panas lembut balik.
sapa nak pakai bumper yang rebeh bila berjemur, kan?
cara terbaik adalah dengan :
1. imbas kereta/bumper secara 3 dimensi guna laser.
2. perkemas imbasan dalam perisian CAD.
3. edit bentuk bumper dalam CAD
4. guna mesin CNC untuk buat acuan.
5. guna seratkaca atau seratkarbon untuk buat salinan.
kos untuk buat mesin CNC sendiri (4'x8') dan pengimbas 3D sendiri tak sampai RM10k.
mahal untuk sesetengah orang kalau ianya bukan untuk komersial.
tapi sangaaaaat murah meriah kalau untuk projek duit.
cumanya, awas kalau tidak teknikal, benda DIY ni perlukan ilmu. Manfaatnya semua benda jadi murah...
mungkin kalau tak buat CNC, boleh cuba buat 3D printer...
3D printer kalau beli dah siap harganya ratusan ribu ringgit. Tapi kalau buat (kecil) dalam 2-3 ribu je. Beza kos antara besar dan kecil adalah pada sistem linear motion (shaft, bearing). prinsip mesin sama macam pencetak desktop, tapi tambah lagi satu paksi Z, dan kepala pencetak tukar dengan dispenser partikel. Harga kepala 3D dalam ratusan ringgit (tapi kena hack dulu sikit).
3D printer boleh cetak "zarah"... nak makan takde pinggan? cetak... takde cawan? donlot plan dan cetak...