BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belajar Daripada Muhammad Syahril

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
14.06.2023 - Benarlah segalanya bermula dari rumah. Jadi dalam hal ini, kita mungkin patut mula berasa bimbang dan gerun dengan apa yang ada sekarang. Ketika kita mengagumi ketabahan Muhammad Syahril Saidi, 18, negara ini juga sudah agak biasa dengan kisah-kisah yang sebaliknya. Barangkali tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Muhammad Syahril adalah watak yang kian langka dalam kehidupan hari ini. Dia adalan manusia istimewa kerana sanggup mengabaikan sekian banyak keinginannya sebagai seorang remaja hanya kerana mahu memastikan wanita yang pernah menjadi tempat jantungnya mula berdetak dan tulang-temulangnya mula terbentuk dapat dijaga sebaik mungkin. Apa yang selalu kita dengar sekarang ialah kebiadaban seseorang kepada ibu bapa, malah kejadian membuang orang tua sendiri bukan lagi begitu aneh.​

2125019.JPG

Anak-anak yang lebih muda dan belum bekerja atau berumah tangga pula kebanyakannya sibuk dengan 'dunia' ciptaan mereka sendiri sehingga enggan lagi mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka. Dalam banyak keadaan, kemelut sosial yang sedang membelenggu kita sebenarnya merupakan 'buah' dari 'pokok' yang benihnya kita semai dan besarkan bertahun-tahun lalu. Dan tidak salah jika dikatakan kanak-kanak sekarang dibesarkan oleh 'kanak-kanak' yang sudah terjejas mindanya 10 hingga 20 tahun dulu. Barangkali sudah lama kita tersilap dalam memberi keutamaan apabila mengetepikan hal-hal penting dan melebihkan yang remeh. Ia dapat difahami apabila kebanyakan kita banyak merujuk kepada apa yang dihidangkan di media sosial, atau lebih tepat pempengaruh.
2125020.jpg

Baru tiga hari Muhammad Syahril mendapat keputusan cemerlang SPM, ibunya Faridah Ismail meninggal dunia akibat menghidap kanser dan angin ahmar sejak 2019

Tambah menyedihkan apabila data menunjukkan kira-kira 14,000 pelajar direkodkan tidak menghadiri peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di mana silapnya? Apakah ini bukti kegagalan ibu bapa? Kerana itu kita boleh menganggap Syahril seorang anak yang istimewa serta langka. Ketika terlantar kerana uzur sejak 2019, ibunya masih mampu menyemai rasa kecintaan terhadap ilmu kepada Syahril. Tidak itu saja, remaja itu juga tahu memilih keutamaan di antara berseronok dengan kawan-kawan atau hanyut dengan gajet, dengan tanggungjawab berbakti kepada ibu sendiri. Isu 'kehilangan' begitu ramai pelajar yang tidak menghadiri peperiksaan SPM bukanlah remeh. Sudah tentu ada antara mereka adalah pelajar yang pintar, berbakat, mempunyai masa depan yang baik dan seumpamanya.

Mungkin juga isu itu melibatkan masalah peribadi. Seharusnya ada jawapan untuk persoalan ini jua. Apa pula langkah kerajaan apabila 70,000 lagi pelajar dicatatkan tidak layak memiliki sijil SPM kerana gagal subjek wajib lulus? Seharusnya masalah anak-anak remaja ini diketahui untuk segera merangka strategi bagi mengelak senario sama berulang kerana jumlah ini sememangnya ramai. Yang pasti, jika generasi muda tidak segera dibimbing ke arah jalan yang betul tentu sekali ia akan merugikan negara. Kita memerlukan anak-anak muda yang cerdik secara holistik, bukannya cemerlang hanya di atas kertas atau sijil peperiksaan semata-mata. Syahril itu adalah suri teladan yang mesti dibugarkan.

Tugas itu terletak di tangan kita semua - kerajaan, jabatan pendidikan, masyarakat, ibu bapa, dan remaha sendiri. Kembali dan insafilah realiti. Buah yang baik adalah hasil daripada didikan yang baik. Mungkin perlu diperhalusi dan diteladani apa rahsia Allahyarham Faridah Ismail sehingga dia mampu melahirkan dan mendidik enam zuriat termasuk Syahril sehingga menjadi manusia yang terpuji. Masa depan Syahril boleh dikatakan selamat buat masa ini apabila dia mendapat banyak tawaran dan bantuan daripada pelbagai pihak. Sedikit sebanyak ia adalah hasil kemajuan teknologi dan media sosial yang menguar-uarkan pengorbanan remaja terbabit.

Tidak banyak pilihan yang ada pada kita. Usaha mesti digerakkan agar lebih ramai anak muda seperti Syahril dapat dilahirkan. Proses itu bermula dari rumah.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2023/06/14/belajar-daripada-muhammad-syahril
 
Muhammad Syahril Mohon Jurusan Agama, Bahasa Arab Di Tiga IPTA

24.06.2023 - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Muhammad Syahril Saidi,18, yang memperoleh keputusan 11A walaupun menjaga arwah ibunya sudah memohon jurusan agama dan bahasa Arab di tiga buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Muhammad Syahril berkata, tiga universiti itu merupakan pilihan utama buatnya semasa membuat permohonan melalui sistem Unit Pengambilan Universiti (UPU) baru-baru ini. Menurutnya, tiga IPT itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menawarkan jurusan agama selain bahasa Arab untuk kegunaan di peringkat antarabangsa.

“Sebenarnya, saya agak terkilan kerana gagal untuk memohon pengajian luar negara di bawah Program Pelajar Cemerlang (PPC) yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ketika itu, saya berdepan situasi kematian arwah ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang menghidap penyakit angin ahmar sejak tahun 2019. Saya tetap reda apabila lebih mengutamakan arwah ibu ketika itu. Kejayaan yang diperoleh dalam SPM 2022 belum cukup untuk membalas jasa baik dan sentuhan kasih ibu sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) di rumahnya di Kampung Kandis di sini hari ini.

Muhammad Syahril memberitahu, buat masa ini, dia fokus untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Yaakubiah Nipah di sini yang terletak kira-kira 28 kilometer dari rumah.​

WhatsApp-Image-2023-06-24-at-16.00.19.jpeg
 
Back
Top
Log in Register