BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bela Melayu tak bermaksud lindungi pesalah, kata Pejuang

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Bela Melayu tak bermaksud lindungi pesalah, kata Pejuang​

963eb149-a53e-463b-92f7-a7090317d292-Mior-Haidir-fb-100926-1.jpg

Timbalan Presiden Pejuang Mior Haidir berkata menolak pendakwaan terpilih tidak bermakna menolak proses undang-undang. (Gambar Facebook)

Dalam kenyataan, Mior berkata persoalan mengenai pendakwaan terpilih wajar ditanya namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menghentikan pendakwaan atau melindungi mana-mana individu.

“Jika ada kesalahan, siasat dan dakwa. Jika tidak bersalah, berikan ruang untuk membela diri. Undang-undang mesti berjalan tanpa memilih siapa yang berkuasa dan siapa yang menjadi mangsa,” katanya.

Beliau memberi amaran bahawa kerjasama politik antara parti Melayu tidak boleh digunakan untuk melindungi individu yang berdepan pendakwaan.

“Jika sesuatu penyatuan hanya mula dicari apabila tekanan semakin kuat, rakyat berhak bertanya: adakah ia benar-benar lahir daripada kesedaran untuk menyatukan bangsa atau sekadar percaturan untuk mencari jalan keluar daripada kesulitan yang sedang dihadapi?,” soalnya.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa pemimpin Umno didakwa baru-baru ini susulan siasatan berhubung Tabung Haji dan Felda.

Ia juga dibuat ketika Umno dan PAS menggesa perpaduan Melayu, dengan kedua-dua parti itu kembali menjalinkan hubungan selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan PAS mencapai persefahaman dalam PRN Negeri Sembilan yang menyaksikan mereka memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.

Mior berkata perpaduan Melayu tidak seharusnya menjadi ‘payung yang dibuka ketika hujan dan dilipat apabila cuaca kembali cerah’.

Beliau turut berkata sebarang usaha menyatukan orang Melayu sebaliknya perlu dibina berasaskan agenda lebih besar meliputi ekonomi, pendidikan, pemilikan aset, integriti, tadbir urus serta masa depan masyarakat Melayu, dan bukan sekadar untuk melindungi kepentingan individu atau kumpulan tertentu.

“Kita perlukan politik yang lebih matang; politik yang mampu mempertahankan hak Melayu tanpa menggadaikan prinsip, mempertahankan keadilan tanpa mengira siapa, dan menolak rasuah tanpa mengira pelakunya,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register