BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekerja sampai mati

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_01.1.jpg



SEORANG pekerja tertidur ketika menunggu tren di stesen kereta api Tokyo. - AFP

TOKYO – Jepun menyaksikan peningkatan mendadak tuntutan pampasan melibatkan fenomena kematian akibat terlalu kuat bekerja atau “karoshi” dalam kalangan pekerja muda dan wanita di negara itu.

Permintaan buruh yang mencecah 1.28 pekerjaan untuk setiap pemohon sekali gus tertinggi sejak 1991 sepatutnya membantu Perdana Menteri, Shinzo Abe menarik lebih banyak tenaga kerja bagi mengurangkan impak negatif penyusutan populasi di Jepun.

Namun, penguatkuasaan undang-undang buruh yang longgar mendorong sebahagian perniagaan bertindak memerah keringat pekerja kadangkala sehingga membawa akibat tragis.

Tuntutan pampasan karoshi meningkat kepada rekod tertinggi iaitu 1,456 untuk tahun berakhir pada Mac 2015, menurut data kementerian buruh.

Kebanyakan tuntutan itu melibatkan sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan sosial, perkapalan dan pembinaan yang mana kesemuanya menghadapi masalah kekurangan pekerja pada tahap kronik.

Setiausaha Agung Majlis Peguam bagi mangsa karoshi, Hiroshi Kawahito berkata, jumlah sebenar kes karoshi dipercayai 10 kali ganda lebih tinggi kerana kerajaan enggan mengiktiraf kematian akibat bekerja terlalu kuat.

Situasi itu menyebabkan waris atau pasangan mangsa terpaksa memfailkan tuntutan di mahkamah bagi mendapatkan pampasan.

Kawahito yang mengendalikan kes karoshi sejak tahun 1980-an berkata, 95 peratus tragedi itu melibatkan lelaki pertengahan umur dalam sektor pekerjaan kolar putih, namun kini kira-kira 20 peratus kematian itu kini melibatkan wanita.

Jepun tidak mempunyai undang-undang yang menetapkan had waktu kerja, namun kementerian buruh mengiktiraf dua jenis karoshi iaitu kematian akibat penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung yang dikaitkan dengan terlalu kuat bekerja dan bunuh diri akibat tekanan berkaitan pekerjaan. – Agensi
 
kenapa jepun x import pekerja asing bangla/indon/vietnam/mynmar?..ternyata menteri mesia lebih bijak dari jepun...kita sepatutnya berbangga
 
kenapa jepun x import pekerja asing bangla/indon/vietnam/mynmar?..ternyata menteri mesia lebih bijak dari jepun...kita sepatutnya berbangga

tetapi di jepun ramai juga pati
dari mesia pun ada
 
jepon ada pakai pekerja luar jugak...
kilang panasonic sana ada pakai...
tapi dah tutup
semua transfer g malaysia
 
tetapi di jepun ramai juga pati
dari mesia pun ada

betul ke?..jarang dengar news bangla cabul gadis jepun..patutnya di sana lebih kerap sebab gadis jepun banyak pakai skirt singkat...nampak peha putih gebu bangla mana tahan tengok
 
sana pelacuran pon boleh tahan.. geram kat amoi sana ley g port amoi pakai uniform skolah.. hahah
 
betul ke?..jarang dengar news bangla cabul gadis jepun..patutnya di sana lebih kerap sebab gadis jepun banyak pakai skirt singkat...nampak peha putih gebu bangla mana tahan tengok

:)):)):))
jarang dengar
sebab polisi jepun tak sama dengan malaysia
benda kelemahan dia terus diperbaiki dengan sistem kaizen
kalau tempat di malizi masuk paper pun ulang2 cerita sama

maksudnya, pati di jepun sangat sedikit
buang masa masuk paper :D

tahun 90-an dulu ramai pati kena tangkap
atau mati masa kerja ada masuk paper di mesia
 
kalau Malaysia, serangan jantung tak dapat SOCSO,
 
Back
Top
Log in Register