BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Pegawai Pentadbiran Didakwa Cabul, Gangguan Seksual Enam Pelajar Perempuan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,128
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,128
Reaction score
346
Points
141

Bekas Pegawai Pentadbiran Didakwa Cabul, Gangguan Seksual Enam Pelajar Perempuan​

a0006f024641e5b8511ac94ba9d8acfb6aa141163123d


Seorang bekas pegawai pentadbiran di sebuah kolej mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas enam pertuduhan mencabul dan melakukan gangguan seksual secara komunikasi terhadap enam pelajar perempuan.

Roykarnaen Maseri, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha dan Majistret Norizan Riduan.

Bagi dua pertuduhan pertama yang dibacakan di hadapan Majistret Punitha, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan dua pelajar perempuan, masing-masing berusia 19 dan 22 tahun, di dalam sebuah bilik aktiviti di kolej itu pada 6.12 petang, 5 Ogos dan 6.15 petang, 6 Ogos lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulqarnain Wan Asmira menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu saksi serta mangsa selain perlu melapor diri di balai polis berdekatan.

Bagaimanapun, peguam Aiman Rusli yang mewakili tertuduh memohon jaminan secara keseluruhan sebanyak RM3,000 atas alasan anak guamnya telah berhenti bekerja daripada kolej itu sejak 17 Ogos lepas serta tiada pendapatan sehingga kini.

“OKT (Orang Kena Tuduh) juga sebelum ini menanggung ayahnya yang berumur 72 tahun yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan lain-lain, serta OKT juga menanggung ibunya yang berusia 58 tahun yang menghidap penyakit arthritis.

“Selain itu, OKT juga menanggung isteri dan seorang anak perempuannya yang berumur tujuh tahun dan untuk makluman mahkamah yang mulia, OKT juga mempunyai kencing manis dan darah tinggi,” katanya.

Pada masa sama, Aiman berkata beliau mendapat maklumat bahawa pengadu-pengadu telah pun menarik balik laporan polis terhadap Roykarnaen pada 11 Ogos lepas, namun tidak membawa salinan laporan tersebut pada hari ini.

 
Back
Top
Log in Register