BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Menteri Pertanian Indonesia dihukum penjara 10 tahun terbabit kes rasuah

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266
Bekas Menteri Pertanian indonesia , Syahrul Yasin Limpo dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda 300 juta rupiah (RM86,809) atas kesalahan rasuah. - Foto AGENSI

JAKARTA: Bekas Menteri Pertanian Syahrul Yasin Limpo dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda 300 juta rupiah (RM86,809) atas kesalahan rasuah membabitkan suapan dan peras ugut dalam kementerian itu.

Mahkamah Daerah Jakarta Pusat juga memerintahkan beliau membayar 14.15 bilion rupiah (RM4.09 juta) dan (RM140,625) sebagai pampasan manakala aset akan dilelong jika beliau gagal membayar dan berpotensi menambah dua tahun lagi kepada hukumannya.

Ketua Hakim Rianto Adam Pontoh menyatakan bahawa jumlah itu mencerminkan faedah kewangan yang diperoleh Syahrul, 69, daripada menyalahgunakan kuasa dengan memaksa rasuah dan memenuhi keperluan keluarganya, ketika mengumumkan keputusan itu, hari ini.

Hakim juga menekankan faktor yang memburukkan keputusan itu termasuk mengelak Syahrul dalam memberi keterangan, kegagalan untuk memenuhi standard yang diharapkan sebagai pegawai kerajaan dan keuntungan kewangan keluarganya daripada rasuah.

"Faktor mitigasi yang dipertimbangkan termasuk umur Syahrul, sumbangan semasa krisis makanan seperti pandemik COVID-19, anugerah atas kerjanya dan kelakuan hormat semasa perbicaraan, katanya.

Buleh tengok precedent kat malaysia...ada harapan akan dikurangkan hukuman...malu apa boskur!!!!
 
dia bawak la parti dia join parti kerajaan cukupkan kerusi. untung untung boleh jadi timbalan PM, kes jadi DNAA
 
Bekas Menteri Pertanian indonesia , Syahrul Yasin Limpo dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda 300 juta rupiah (RM86,809) atas kesalahan rasuah. - Foto AGENSI
Bekas Menteri Pertanian indonesia , Syahrul Yasin Limpo dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda 300 juta rupiah (RM86,809) atas kesalahan rasuah. - Foto AGENSI

JAKARTA: Bekas Menteri Pertanian Syahrul Yasin Limpo dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda 300 juta rupiah (RM86,809) atas kesalahan rasuah membabitkan suapan dan peras ugut dalam kementerian itu.

Mahkamah Daerah Jakarta Pusat juga memerintahkan beliau membayar 14.15 bilion rupiah (RM4.09 juta) dan (RM140,625) sebagai pampasan manakala aset akan dilelong jika beliau gagal membayar dan berpotensi menambah dua tahun lagi kepada hukumannya.

Ketua Hakim Rianto Adam Pontoh menyatakan bahawa jumlah itu mencerminkan faedah kewangan yang diperoleh Syahrul, 69, daripada menyalahgunakan kuasa dengan memaksa rasuah dan memenuhi keperluan keluarganya, ketika mengumumkan keputusan itu, hari ini.

Hakim juga menekankan faktor yang memburukkan keputusan itu termasuk mengelak Syahrul dalam memberi keterangan, kegagalan untuk memenuhi standard yang diharapkan sebagai pegawai kerajaan dan keuntungan kewangan keluarganya daripada rasuah.

"Faktor mitigasi yang dipertimbangkan termasuk umur Syahrul, sumbangan semasa krisis makanan seperti pandemik COVID-19, anugerah atas kerjanya dan kelakuan hormat semasa perbicaraan, katanya.

guna la slogan bersih stebel
 
Back
Top
Log in Register