eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
LONDON: Bekas Menteri Dalam Negeri Britain, Jacqui Smith diminta memohon maaf secara peribadi kepada Parlimen kerana membuat tuntutan perbelanjaan berlebihan, termasuk dengan tidak sengaja menuntut bayaran bagi dua filem lucah yang dibeli oleh suaminya.
Smith adalah antara sebilangan Ahli Parlimen yang didedahkan membuat tuntutan salah, atau memanipulasi peraturan elaun, apabila butiran pembayaran perbelanjaan didedahkan awal tahun ini.
Bekas menteri Kabinet itu mungkin membuat kenyataan kepada rakan sejawatannya, selepas laporan mengenai peri lakunya mendapati beliau melanggar peraturan.
Smith adalah antara mangsa berprofil tinggi berkaitan skandal perbelanjaan yang meletakkan jawatan Jun lalu. Dokumen yang dibocorkan mendedahkan beliau dengan tidak sengaja membuat tuntutan dua filem lucah yang dibeli oleh suaminya dalam tuntutan perbelanjaannya.
Beliau juga didakwa menyalah guna sistem elaun perumahan bagi memaksimumkan amaun diperoleh.
Sebuah suruhanjaya parlimen melancarkan siasatan ke atas tindakan Smith, dan menerbitkan laporan semalam – siasatan rasmi pertama yang disiapkan berhubung tuntutan Ahli Parlimen.
Ia memperakukan Smith memohon maaf secara terbuka, tapi menyatakan tiada tindakan lanjut diperlukan.
Berbelas-belas Ahli Parlimen Britain, kemungkinan termasuk Perdana Menteri, Gordon Brown, diminta membayar balik tuntutan perbelanjaan dipertikaikan.
Ahli Parlimen yang kembali bersidang selepas rehat musim panas semalam, menunggu surat daripada auditor luar meminta mereka membayar balik pembayaran yang diputuskan tidak munasabah. – AP