BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas CEO SSM Diperintah Bela Diri Lapan Tuduhan Rasuah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,133
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,133
Reaction score
346
Points
141
153a55270dd1d402ae1767576bdce3e6698ee8bc2dc18

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner (kanan) bersama anaknya Abdulazeez Wan Ruslan (tengah) hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung 33 pertuduhan menerima suapan, menyalahgunakan kuasa dan bersubahat membabitkan RM5.7 juta berhubung penganjuran program SSM, empat tahun lepas.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner membela diri atas lapan pertuduhan rasuah berkaitan penganjuran program SSM, 11 tahun lepas.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap empat pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM1.21 juta serta empat lagi pertuduhan bersubahat dengan anaknya, Abdulazeez Wan Ruslan, 40, bagi menerima suapan RM160,000.

Bagi tiga pertuduhan, Zahrah, 67, didakwa sebagai ejen iaitu bekas CEO SSM telah secara rasuah memperoleh suapan berjumlah RM1.01 juta sebagai balasan meluluskan pelantikan Ikhlas Padu Sdn Bhd dan SSJ Niaga bagi pengiklanan papan tanda LED komersial SSM di Johor dan Kedah.

Beliau turut berdepan satu pertuduhan memperoleh suapan RM200,000 sebagai balasan meluluskan pelantikan Marikaya Enterprise bagi perkhidmatan pengurusan acara Program Bizfair SSM 2018 peringkat Sabah.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar Pastry House, Lake Fields, Sungai Besi, antara Disember 2015 hingga Mac 2019 mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Zahrah turut diperintah membela diri atas dua pertuduhan bersubahat dengan Abdulazeez menerima RM160,000 bagi meluluskan perolehan kepada dua syarikat serta dua lagi pertuduhan memberikan persetujuan supaya SSM membuat pelaburan pemilikan saham dalam sebuah syarikat lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Lake Fields, Sungai Besi pada 6 Feb 2018 mengikut Subseksyen 28(1)(c) dibaca bersama Subseksyen 16(a)(A) dan 24(1) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman sama.

Azura bagaimanapun melepas dan membebaskan Zahrah daripada 20 lagi pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Pihak pendakwaan gagal mengemukakan keterangan kukuh bagi membuktikan fakta asas penting berkaitan penerimaan wang rasuah bagi semua 20 pertuduhan tersebut.

 
Back
Top
Log in Register