BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas CEO 1MDB Nafi Layan Jho Low Seperti Perdana Menteri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Bekas CEO 1MDB Nafi Layan Jho Low Seperti Perdana Menteri​

93afa076f56fa3d092a2981c55c415b168ff4c1b7c45e

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memaklumkan Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak pernah “melayan” ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, seperti Perdana Menteri negara ini.

Bagaimanapun, saksi keempat berusia 56 tahun dalam kes saman 1MDB menuntut ganti rugi USD5.64 bilion itu berkata beliau pernah berkomunikasi dengan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui saluran tidak rasmi iaitu Jho Low.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam G.K. Ganesan, mewakili bekas Pengarah Pelaburan 1MDB Kelvin Tan Kay Jin, yang juga defendan ketujuh.

Isu itu timbul ketika Ganesan menyoal sama ada Shahrol Azral telah berkomunikasi secara langsung dengan Najib berkaitan pertikaian membabitkan projek medan minyak Serdar antara dua negara yang membabitkan perjanjian usaha sama bernilai RM1 bilion.

Ganesan: Adakah anda berpendapat adalah penting untuk atau memadai bagi Perdana Menteri ketika itu (Najib) mengetahui bahawa dua negara sedang bertelagah mengenai pemilikan Serdar? Shahrol Azral menjawab “Ya”.

Saksi itu juga mengakui bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan sama ada Jho Low telah memaklumkan Najib mengenai pertikaian membabitkan projek minyak Serdar tersebut.

Ganesan: Sebenarnya, anda melayan Jho Low seolah-olah beliau ialah Perdana Menteri Malaysia.

Shahrol Azral: Saya tidak setuju.

1MDB dan anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited serta Global Diversified Investment Company Limited (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited) telah memfailkan saman itu pada 7 Mei 2021.

 
Back
Top
Log in Register