BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beg plastik kaler biru lebih sedap

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Tolak Makanan, Sanggup Makan Plastik
January 24th, 2014



kXFWZma.jpg



Tennessee : Macam-macam perangai manusia akhir zaman ini. Ada makanan tidak mahu makan sebaliknya beg plastik juga jadi pilihan. Ketagihan terhadap plastik itu dialami oleh seorang lelaki, Robert, 23, yang bermula sejak dia berusia tujuh tahun dan sehingga hari ini, dia sudah makan kira-kira 60,000 keping plastik.

Jumlah berkenaan mencukupi untuk menutup sebuah padang bola sepak. Setiap pagi, dia akan makan plastik sebagai sarapan dan gemar memilih beg plastik biru yang sering digunakan untuk mengisi surat khabar.

Menurut Robert, beg plastik dengan warna tersebut lebih sedap.

Kadang-kadang Robert sanggup memandu ke seluruh kejiranan itu untuk melihat sama ada jirannya tertinggal beg plastik beg itu di depan rumah mereka.

Dia juga sanggup mencuri plastik lut sinar yang digunakan untuk membalut buah dan sayur di pasar raya.

Robert percaya beg plastik yang berbeza warna mempunyai rasa tersendiri. Selepas makan plastik itu, dia boleh menahan lapar selama sehari. Tunangnya, Ashley kini mula risau dengan ketagihan aneh Robert dan mahu dia berhenti sebelum mereka berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi.

Kesabarannya teruji selepas mendapati Robert enggan makan kek sempena pertunangan mereka kerana telah kenyang selepas makan plastik.

Dia juga mula mengadu sakit perut. – MyNewsHub



xyah risau kenaikan rege barang :))
 
plastik dah bertambun dalam perut dia..
 
Ni bagus keje kat pusat kitar semula... Mana la tau kot dia suka makan besi buruk plak nanti...
 
Maun sakit esok ni... Ker boikot barang naik...kih3..
 
Back
Top
Log in Register