BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beberapa penerbangan dari SG dibatalkan; Taufan Bavi menuju ke arah Taiwan & China

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Beberapa penerbangan dari SG dibatalkan; Taufan Bavi menuju ke arah Taiwan & China​

screenshot_2026-07-11_110600.jpg

Seorang nelayan memegang tali berhampiran sebuah bot ketika ombak menghempas benteng pemecah ombak di Yilan pada 10 Julai 2026, sedang Taufan Bavi bergerak menuju ke timur laut Taiwan. (Gambar: AFP/I-Hwa Cheng)

SINGAPURA: Beberapa penerbangan antara Singapura dengan Asia Timur dibatalkan sedang Taufan Bavi menghampiri Taiwan dan China selepas membadai beberapa kawasan di rantau itu.

Singapore Airlines (SIA) memaklumkan dalam satu nasihat perjalanan bahawa empat penerbangan ke dan dari Taipei pada Sabtu (11 Jul) sudah dibatalkan.

IKLAN

Sepuluh lagi penerbangan SIA ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai sepanjang hujung minggu turut terjejas.

"SIA akan menghubungi semua pelanggan yang terjejas bagi memaklumkan mereka mengenai pembatalan penerbangan atau perubahan pada jadual penerbangan," menurut syarikat penerbangan itu.

"Memandangkan keadaan masih berubah-ubah, penerbangan SIA yang lain juga mungkin terjejas."

Para penumpang dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan mereka sebelum ke lapangan terbang dan menghubungi syarikat penerbangan bagi mendapatkan pilihan penjadualan semula sekiranya rancangan perjalanan mereka terjejas.

Syarikat penerbangan seperti EVA Air, China Airlines dan Xiamen Airlines turut membatalkan penerbangan dari Lapangan Terbang Changi ke destinasi yang terjejas.

IKLAN

Taufan Bavi, yang disifatkan sebagai antara ribut terbesar melanda Taiwan dalam tempoh lebih 30 tahun, menyebabkan kerosakan besar di beberapa kawasan di Asia.

Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala enam lagi masih hilang akibat tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat yang melanda Pulau Mindanao di selatan Filipina, menurut pihak berkuasa.

Di Taiwan, hampir 9,000 penduduk dipindahkan dari kediaman mereka, dengan lebih separuh daripadanya berada di daerah pergunungan Hualien di timur negara itu.

Ratusan penerbangan dibatalkan, dengan sekolah dan premis perniagaan di kawasan utara dan timur pulau itu turut ditutup.

Menurut Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan, taufan itu dijangka membawa angin berterusan sehingga 155 kilometer sejam, dengan tiupan sehingga 190 kilometer sejam.

IKLAN

Dengan radius sekitar 380 kilometer, Bavi merupakan taufan terbesar yang menjejaskan Taiwan dalam tempoh beberapa dekad.

Lebih 28,000 anggota tentera diletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kecemasan.

Taufan itu turut menjejaskan perjalanan di kepulauan barat daya Jepun, dengan puluhan penerbangan dibatalkan dan premis perniagaan terpaksa ditutup.

Selepas melalui Taiwan dan Jepun, Bavi dijangka membadai timur China pada hujung minggu ini.

Kawasan itu sebelum ini dilanda ribut yang mengorbankan puluhan nyawa, selain menyebabkan banjir besar.

 
Back
Top
Log in Register