BTC USD 83,042.4 Gold USD 4,123.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BB trading STYLE

Salam dan selamat petang semua, semua pertanyaan teman2 saya akan jawab nnti malam.


Op sebelah petang :)


eurusdmm1-11.png

Tak sabar menunggu jawapan masta paktua..:)
 
Ada lagi 6 minit untuk NFP :D

Kita lihat ada gerakan atau tidak, dah standby dgn golden setup :D
 
Saya akan kupas analisa saya walaupun agak basi untuk NFP yg dah lepas :D

Mari kita lihat chart satu persatu

eurusdmmonthly.png


Peta besar,

Harga pada BB 10 tahunan dalam keadaan NORMAL iaitu cara baca dari kiri ke kanan chart.

Harga masih belum menyentuh atau menghampiri paling dekat dengan BB SD-1.

Maka analisa saya mengatakan bahawa harga masih didorong ke bawah (DT)
 
eurusdmweekly.png


Kita lihat pula peta pada BB 4 tahunan diatas.

Harga dari bawah keatas dan tertahan di tengah2 BB (middle BB @ MA).

Keadaan harga berada diantara SD+1 dan SD-1 MAKA harga juga dalam keadaan NORMAL maka target seterusnya harga akan menuju ke SD-1 4 tahunan. Kesimpulannya harga juga masih kebawah (DT).
 
eurusdmdaily.png


Pada chart di atas saya akan membaca 2 BB iaitu BB tahunan dan 4 bulanan.

Pada BB tahunan terlihat bahawa harga dari atas kebawah dan harga sekarang berada diantara SD+1 dan SD-1 tahunan juga harga di tahunan dalam keadaan NORMAL. Maka harga akan menuju ke tengah BB (middle BB). Bermaksud harga juga masih kebawah (DT)

Manakala pada BB 4 bulanan terlihat bahawa harga dari atas kebawah dan di LUAR BB SD-1nya maka harga dalam keadaan UBNORMAL iaitu trending down.
 
eurusdmh4.png


Kita lihat pula chart di TF H4.

Disini saya akan membaca 2 BB juga iaitu BB 4 bulanan dan BB bulanan.

Pasti banyak akan bertanya kenapa perlu baca BB 4 bulanan 2 kali. Cuba perhatikan BB 4 bulanan di TF Daily dan di TF H4, ada nampak apa yg saya maksudkan dan pasti banyak yg bertanya mana satu yg VALID. Ini dari pengalaman saya dan tunjuk ajar masta mael di thread ini iaitu period pada setiap BB itu memainkan peranannya.

Maka bagi saya dua2nya VALID, cuma semakin besar cara pengiraannya semakin tepat jawapan pada penggiraan period setiap BB itu.

Saya sambung kembali analisa saya.

Pada BB 4 bulanan terlihat bahawa harga masih berada di antara SD+1 dan SD-1 still dalam keadaan NORMAL. Tetapi sudah menyentuh SD-1nya dan pantul balik kearah middle BB.

Manakala pada BB bulanan pula terlihat bahawa harga cuba memasuki area NORMAL tetapi tertahan pada LEVEL BSB.

Disini kita akan mengalami sedikit kesukaran membaca harga hendak kemana. Dan secara biasanya kita akan mengandaikan bahawa harga akan menuju ke middle.

Disinilah sebenarnya kita kene lebih FOKUS kepada kecenderungan middle BB tersebut. Terlihat sebenarnya bahawa midlle BB monthly masih belum mendatar ianya masih condong kebawah mengambarkan bahawa kecenderungannya masih ke bawah.
 
eurusdmh1-1.png


Di TFH1 ini saya akan membaca BB weekly dari SD1 ke SD3 untuk menggetahui kekuatan harganya. Boleh rujuk pada page berapa saya tak ingat hasil perkongsian dari masta meijin (persentage pergerakan harga).

Pada kebiasaannya saya akan membaca harga dari hari khamis, harga berada di SD mana pada BB weekly ini. Maka pada khamis lepas harga sudah amat hampir dgn SD+3 iaitu petanda bahawa harga akan turun. Cuma bila masanya ia akan turun, mari kita ke TF yg lebih kecil.
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.11815
USD / JPY
158.234
GBP / USD
1.31902
USD / CHF
0.83365
USD / CAD
1.42573
EUR / JPY
176.976
AUD / USD
0.69517
Back
Top
Log in Register