BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi setahun gigit ular hingga mati

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,421
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,421
Reaction score
321
Points
141
Geli-tedung-scaled.jpg

GAMBAR fail seekor ular tedung. - Foto AFP

NEW DELHI – Seorang bayi berusia setahun di negeri Bihar menggigit seekor ular tedung hingga mati selepas reptilia itu melingkar di tangannya, lapor laman berita India Today semalam.

Kejadian berlaku ketikal bayi bernama Govinda tersebut bermain dekat rumahnya.

Neneknya, Mateshwari Devi berkata, ibu kanak-kanak itu berada berhampirannya untuk mengutip kayu api apabila ular tersebut muncul.

“Ular itu muncul terlalu dekat dengannya dan kanak-kanak itu memukulnya menggunakan suatu objek.

“Dia kemudian menggigit dan membunuh reptilia itu. Ia adalah ular tedung,” kata Mateshwari.

Bayi itu pengsan tidak lama kemudian dan dia dikejarkan ke hospital.

Menurut doktor yang merawatnya, kanak-kanak tersebut stabil dan kini berada dalam pemerhatian. – AGENSI

 
macam kawan aku....ular gigit dia...tak lama lepastu ular tu mati 🤭
 
alamak….. trus jd dewaaa
 
Alamak.

Mesti kena angkat jadi dewa ni.

Siap2 la ko baby, kena worship.


teringat kes ade kepala gajah kat laluan ke train keluarkan air dr belalai dia

bila check balik , rupanye air aircond

sblm tu diminum setiap kali org lalu
 
Back
Top
Log in Register