BTC USD 82,505.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi Menangis

Salam All,

Cerita nie baru lg berlaku.. dalam 2 hari yang lepas.. cerita nya bermula mcm nie.. mlm 2 aku blik kejer agak lwt la dalam pkl 10 mlm g 2 ah.. sampai jer kat umh, terus mand.. tiba2 datang member aku ajak perg umh kakak yer yg baru bersalin.. kata nya kakak dia sruh buang uri.. aku on jer.. 15 mnt kemudian sampai lah aku kat umh kakak member aku..tgk2 uri 2 dah letak kat depan pintu.. so aku tungu kat luar jer.. member jer lah yg msk kat dalam umh 2.. tibe2 aku dengar ade budak menangis.. mcm dekat2 jer dgn aku.. aku pn terfikir.. mg kn ini anak kakak member aku yg baru lahir 2 kn... lima mnt kemudian member aku pn keluar.. aku pn tanya la member aku 2 kn.. ank kak kau nangis ke dalam umh.. member aku x ade pn.. aku rs mcm plik jer kn.. ape lg..buatt bdoh jer lah.. ambik uri 2.. pas 2 perg cr sg.. buang.. hahaha.. 2 jer lah crita aku.. hehehe

bro,aku kadang seminggu 3-4 kali dengar suara pompuan kat blakang umah aku(semak samun) ni...dah boleh buat bdo la skit2 sbb da bese...tp ade 1 mlm tu,aku terdenga pompuan nangis..lame pulak tu..dpd biasa dga,trus jd xbiase...sius beb,goyang...#:-S
 
Sebagai perkongsian maklumat. Sop rasa ramai yang selalu mendengar pelbagai pendapat tentang penanaman uri (tembuni) ini.

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.

Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.

“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.

Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.

“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.

Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.

Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.

Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.

Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.

“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.

Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah hukumnya?

“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.

“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.

Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.

Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.

Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.

“Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah
http://www.gnesop.com/2010/09/panduan-mengurus-dan-menanam-uri.html
 
salam

ini pula dr kosmo

Cara tanam uri mengikut Islam

SAYA ingin mengetahui bagaimana cara-cara untuk menguruskan uri bayi yang baru lahir?

JAWAPAN: Cara yang digalakkan dalam Islam dalam pengurusan uri bayi dengan membasuh menggunakan air dan menanamnya di dalam tanah sekadar tidak dapat digali oleh binatang buas.

Ia hanya perlu ditanam seperti biasa dan bukan mengkafankannya seperti jenazah. Ia bertujuan mengelakkan daripada ia menjadi hina serta membahayakan manusia. Secara tidak langsung ia akan menjadi bangkai dan terdedah kepada pencemaran bau busuk.

Umat Islam diingatkan agar tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak ketika menguruskan uri bayi seperti menaburkan paku ketika menanam uri, menanam bersama dengan duit syiling kerana ia berkaitan perkara khurafat seterusnya boleh membawa kepada perkara syirik.

Orang yang mati dalam keadaan syirik, dosa-dosanya tidak akan diampunkan. Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." (Surah An-Nisa': 48)

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_03.htm

jadi x perlula nak letak lattop ke ...nak suruh anak pandai main face book. atau letak gps supaya anak x sesat jalan...takut jadi kurafat:D:D:D
 
Last edited:
nyak elok buat macam tu...uri ni mengikut kata orang tua-tua selepas 41 hari dia akan ghaib dan masuk kembali ke tempat asalnya. Pernah dibuat eksperiment seorang kawan aku yang agak degil lagi berilmu mengikat uri tu dengan benang emas semasa makciknya melahirkan anak....apabila makciknya melahirkan anak buat kali ke dua ternyata uri tersebut mempunyai ikatan benang emas yang sama dengan ikatan sebelumnya.

seeloknya ko bersihkanlah dulu guna asam,limau dan garam agar menghilangkan bau kemudian letak dalam tempurung atau tak kiralah asal bekas . tanam sedalam agak-agak tidak dapat dikorek haiwan.kemudian tanamlah elok-elok

Agak kurang setuju jugak cara TT tu tapi itu hak ANDA.
 
uri salah satu organ manusia..cukuplah ditanam..tujuan ditanam adalah kerana elak dimakan binatang seperti anjing dan sebagainya.takda pantang larang nye
 
ish ada pulak dibuang uri tu...
nape tak tanam...biasa org tanam uri...
 
Back
Top
Log in Register