BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Batu terapung boleh sembuh penyakit

Sony_Boy

Super Active Member
Messages
7,288
Joined
Jun 20, 2007
Messages
7,288
Reaction score
173
Points
73
http://www.malaysiakini.com/news/90914

Oct 8, 08 6:49pm
Seorang kontraktor mendakwa seketul batu ajaib mempunyai kuasa untuk menyebutkan beberapa penyakit termasuk lelah dan kayap apabila seseorang meminum air yang direndam objek itu.

Air rendaman batu itu juga boleh disapu pada badan untuk mengubat, dakwanya lagi.

Batu seberat 1.3 kilogram ditemui terapung-apung di atas permukaan air di Sungai Belat, Kampung Belukar dekat Kuantan, lapor Bernama.

Mohd Sharifuddin Aziz, 30, berkata beliau bersama rakannya Ghazali Sidek,38, menemui batu itu ketika dalam perjalanan pulang selepas memancing di sungai itu dua bulan lepas.

Katanya, pada mulanya mereka tidak mengendahkan batu itu kerana menyangka ia adalah gabus.

"Setelah mendekati benda tersebut, kami terkejut apabila
mendapati ia merupakan sebongkah batu yang terapung," beliau dipetik sebagai berkata hari ini.

Tambahnya, selepas seminggu batu itu ditemui, beliau pernah didatangi seorang pengamal perubatan tradisional yang sanggup menawarkan harga RM10,000 bagi membeli batu tersebut, namun tidak dijualnya.

batu ada kuasa? :)):))
 
setiap sesuatu kejadian Allah ada kelebihannya... kita manusia hanya berusaha tapi kekuasaannya HANYA ALLAH sahaja yang mampu.....
 
Betul ke batu tu....batu tu ada bau tak....ntah-ntah........
 
pelik gak batu leh terapung..
tapi batu tu xde kuasa nak ubatkan penyakit..semua ALLAH yg tentukan..
kalau betul pun leh baik sakit tu, tu semua kuasa ALLAh..bukan kuasa batu tu..
 
jahilnya sape yang percaya...
x cukup pengajaran ilmu islam ker
 
http://www.malaysiakini.com/news/90914

Oct 8, 08 6:49pm
Seorang kontraktor mendakwa seketul batu ajaib mempunyai kuasa untuk menyebutkan beberapa penyakit termasuk lelah dan kayap apabila seseorang meminum air yang direndam objek itu.

Air rendaman batu itu juga boleh disapu pada badan untuk mengubat, dakwanya lagi.

Batu seberat 1.3 kilogram ditemui terapung-apung di atas permukaan air di Sungai Belat, Kampung Belukar dekat Kuantan, lapor Bernama.

Mohd Sharifuddin Aziz, 30, berkata beliau bersama rakannya Ghazali Sidek,38, menemui batu itu ketika dalam perjalanan pulang selepas memancing di sungai itu dua bulan lepas.

Katanya, pada mulanya mereka tidak mengendahkan batu itu kerana menyangka ia adalah gabus.

"Setelah mendekati benda tersebut, kami terkejut apabila
mendapati ia merupakan sebongkah batu yang terapung," beliau dipetik sebagai berkata hari ini.

Tambahnya, selepas seminggu batu itu ditemui, beliau pernah didatangi seorang pengamal perubatan tradisional yang sanggup menawarkan harga RM10,000 bagi membeli batu tersebut, namun tidak dijualnya.

batu ada kuasa? :)):))
cesss...batu gunung berapi tuh...mmg arr bulih terapung..
 
dah puas dengar mitos camni
geliga lipan la..
geliga itu la
batu ini la..
gambar takda
tambah menyampah.....
pembuktian takda
takat citer
tambah lagi nyampah..
 
Back
Top
Log in Register