BTC USD 83,460.5 Gold USD 4,156.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ BATU PERMATA - Korang Suke Tak ?? ~

BATU PANCA NUR


Batu Panca Nur atau pancha warna bercirikan lebih dari dua ke lima warna. Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini iaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia. Batu Panca Nur yang asli ialah apabila dipegang terasa berat.

Batu Panca Nur ini telah diwakafkan padanya Ayat-ayat Al-Quran beserta amalan para wali-wali Allah dan orang-orang soleh yang kekuatannya insyaAllah dapat:

- Memancarkan cahaya wajah yang menawan walaupun si pemakainya tidak tampan
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling
- Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi di khalayak ramai.

- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
-Orang akan mudah mengikut keputusan dan saranan yang kita buat.
- Menjadikan musuh binasa apabila merancang sesuatu yang jahat pada pemakainya.

gambar8.JPG

gambar7.JPG

gambar6.JPG
 
BATU LAFADH

BATU LAFADH adalah berbentuk/ bergambar/ bertulis secara semulajadi padanya kalimah Allah atau huruf-huruf kalimah . Amat-amat jarang ditemui di dunia perbatuan. Jika ditemui batu jenis ini, tuan/ puan perlu berhati-hati dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-batu campuran yang dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis.

BATU LAFADH juga diwakafkan padanya segala ilmu dan amalan secara makrifat yang kekuatan dan kelebihannya sama seperti Batu Panca Nur. Keistimewaannya yang berbeza dengan Batu Panca Nur ialah kalimah yang tertera padanya serta keistimewaan/ kekuatan lain yang hadir bergantung kepada orang yang memakai/ memilikinya.


gambar11.JPG

gambar10.JPG
 
laki boley pakai tak?
 
boleh boleh....bukannya ada emas.
klu ko pakai...mana tau leh menang
pertandingan cowok popular nanti :)) :)) :)) :eek:

aku tak caye ngan bende2 tue arr.....
 
aku tak caye ngan bende2 tue arr.....

aku cuma minat kerana kecantikan dia jer...cam juga minat kat ayam serama...kecantikan dan keindahan jadi pemikat hati! :D :D :D
 
Back
Top
Log in Register