eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
JERANGAU – Minatnya yang begitu mendalam terhadap aktiviti memancing mendorong seorang pelajar menjadikan hobi terbabit sebagai aktiviti rutin setiap kali pulang dari sekolah.
Namun hasrat tersebut tidak kesampaian setelah ajal menemuinya apabila dia terbunuh dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke sungai berdekatan, dipercayai untuk memancing ikan.
Dalam satu kemalangan jalan raya kira-kira jam 3.30 petang di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Jerangau dekat sini petang kelmarin, mangsa dikenal sebagai Muhammad Arif Ahmad Saufi, 17, membonceng motosikal bersama seorang lagi rakan sekolahnya dipercayai merempuh sebuah lori dari arah belakang yang sedang berhenti di bahu jalan, arah sama.
Menurut ibu mangsa, Normadiah Mansor, 42, sebelum kejadian, anak sulungnya itu yang sedang menuntut di Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas, Jerangau dikatakan meminta izinnya untuk keluar memancing di sungai berdekatan, kira-kira satu kilometer dari rumahnya.
“Sebaik pulang dari sekolah, dia bersama seorang lagi rakannya bergegas keluar, katanya ingin pergi memancing di sungai berdekatan, bagaimanapun beberapa ketika saya didatangi seorang penduduk mengatakan Arif terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dan dia yang dikatakan mengalami cedera parah dihantar ke Klinik Kesihatan Jerangau untuk menerima rawatan.
“Belum sempat ke klinik untuk melihat keadaannya, saya dihubungi pula seorang rakan lain kira-kira jam 4.45 memaklumkan dia meninggal dunia di klinik tersebut,” kata Normadiah yang masih sugul dengan pemergian anak sulungnya itu.
Normadiah yang mengiringi mayat mangsa ke Hospital Dungun berkata, aktiviti memancing sememangnya hobi kegemaran anaknya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi.
Menguatkan lagi kisah yang diceritakan ibunya itu, beberapa utas mata kail dan batu pancing dipercayai akan digunakan arwah untuk memancing ikan dikatakan turut ditemui dalam poket seluar mangsa semasa proses bedah siasat dilakukan di Unit Forensik Hospital Dungun.
Jenazah mangsa kemudian dituntut bapanya, Ahmad Saufi Jamaluddin, 45, seorang kakitangan di Lembaga Kemajuan Tanah Rancangan Felda Jerangau untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Jengka Pahang bagi urusan pengebumian.
Ketua Polis Daerah, Superin-tendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian terbabit dan pihaknya kini menjalankan siasatan mengikut seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.