BTC USD 84,573.8 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Batman v Superman

"If Clark wanted to, he could use his superspeed and squish me into the cement. But I know how he thinks. Even more than the Kryptonite , he's got one big weakness. Deep down, Clark's essentially a good person... and deep down, I'm not." - Batman

http://dc.wikia.com/wiki/Batman_Vol_1_612

1927743_10154574282656840_9020863447733973909_n.jpg

terbang tinggi2 tembak lazer kat batman... kompom mati...

nasib batman jenis merendah diri... superman brapa kali mati...ngan doomsday skali... ngan batman kalah je...xmati
 
Baru lepas tgk BvS.xdela bosan sgt.best jugak.tggu sambungan plak justice league part 1.
 
Last edited:
Batman V Superman: Dawn Of Justice penuh dendam

image.jpg


BATMAN vs Superman: Dawn of Justice menjadi antara filem yang dinanti-nantikan semua. Apatah lagi buat peminat dan pembaca setia DC Comics.


Bagaimanapun sebaik menemui penonton di Malaysia 24 Mac lalu, rata-rata pembaca tegar komik adiwira tersebut meluahkan rasa kecewa kerana jalan cerita yang jauh menyimpang daripada komik tersebut.

Namun penulis yang tidak berkesempatan membaca komik, akan menilai filem ini berdasarkan apa yang telah penulis tonton.

Batman vs Superman: Dawn of Justice membawa penonton kembali kepada kejadian yang berlaku dalam Superman: Man of Steel, di mana pasukan Jeneral Zod menyerang Metropolis menyebabkan bandar tersebut hampir musnah.

Tetapi dalam kejadian ini, pejabat Wayne Finances milik Bruce Wayne telah runtuh akibat pertembungan pasukan Jeneral Zod dengan Superman menyebabkan rakan Bruce Wayne mati dalam runtuhan tersebut.

Ini menyebabkan Bruce Wayne berdendam kepada Superman dan berazam musnahkan Superman.

Sedikit sedutan daripada babak Superman: Man of Steel itu telah selitkan di awal babak pertama filem ini. Bagi mereka yang tidak menonton Man Of Steel, jangan bimbang kerana 90 peratus jalan cerita ini akan difahami oleh anda.

Berbalik kepada filem ini, Superman bukan sahaja didendami oleh Bruce Wayne tetapi kebanyakan penduduk sudah mula hilang kepercayaan dan mempertikaikan kewujudannya.

Dalam masa yang sama, Lex Luthor, pemilik syarikat Luther Corp telah menjumpai seketul Kryptonite yang besar, cukup besar untuk membina senjata yang boleh membunuh orang-orang planet Krypton, termasuklah Superman.

Namun, dia juga ingin menumpaskan Batman dan muncul sebagai wira baharu di bandar tersebut.

Perjalanan cerita ini pada pandangan penulis sedikit perlahan pada awalnya kerana dipenuhi dengan babak imbas kembali mengenai keluarga Bruce.

Bukan itu sahaja, di sebalik pertukaran babak melibatkan Superman/Clark Kent, Batman/Bruce Wayne, penonton disuapkan pula dengan kehadiran Diana Prince/Wonder Woman dan ia secara tidak langsung sedikit mengelirukan penonton.

Hanya pada babak pertarungan melibatkan Superman dan Batman bermula, baru penulis merasakan ia agak menarik untuk ditonton.

Bagaimanapun penulis tidak berpuas hati dengan dendam mereka yang berakhir begitu sahaja hanya kerana satu sebab.

Jesse Eisenberg menyerlah

Dari segi prop, CGI (imej janaan komputer) tiada apa yang perlu dipertikaikan dan rasanya semua orang tahu bagaimana hasil kerja tenaga produksi Hollywood melibatkan prop, CGI dan sebagainya.

Namun dari segi lakonan, baru kini penulis faham mengapa ramai yang pertikai pemilihan Ben Affleck membawa watak Bruce Wayne/Batman.

Penulis melihat team produksi cuba untuk mencari kelainan, namun pemilihan itu dilihat kurang sesuai.

Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada Affleck kerana dilihat mencuba sebaik mungkin menjayakan watak itu.

Manakala lakonan Henry Cavill pula tampak menyerlah dan dia berjaya menjiwai watak dengan baik.

Namun pujian tertinggi harus diberikan kepada Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor. Biarpun kemunculannya tidak memberi kesan yang ketara dalam filem tersebut, namun lakonan yang diberikan Eisenberg sangat baik.

Membawakan perwatakan yang psikotik, Eisenberg membuatkan penonton merasa menyampah dan kadang kala terhibur dengan kegilaan yang dipamerkan.

Hanya kemunculan seketika Gal Gadot sebagai Wonder Women/Diana Prince yang membuatkan penulis kurang berpuas hati.

Namun penulis percaya pihak produksi sudah mempunyai perancangan lain. Apa perancangan mereka? Sama-sama kita nantikan.


http://www.sinarharian.com.my/hiburan/batman-v-superman-dawn-of-justice-penuh-dendam-1.502092
 
sikit lg batman nk bnuh supermen...kikiki..baru tau langit tggi rendah...
 
Wajah sedih Affleck jadi troll
http://www.youtube.com/watch?v=cwXfv25xJUw

REAKSI wajah pelakon Ben Affleck apabila ditanya dalam satu wawancara tentang kritikan yang diterima filem Batman vs Superman oleh pengkritik profesional Amerika Syarikat kini viral di internet.

Ini kerana, dalam satu wawancara bersama portal Yahoo!, Henry Cavill yang menjawab soalan hos dan Affleck berdiam dan kelihatan sedih.

Apabila Cavill menjawab soalan dengan berkata padangan penonton lebih penting berbanding pengkritik profesional, Affleck cuma berkata, “Saya setuju”.

Wawancara yang sama turut dimuatnaik di YouTube, namun ia telah disunting semula dengan muzik sedih apabila lensa kamera fokus kepada raut wajah Affleck.


CebmpqmWsAA2uXg.jpg

Cea4ktaUIAAhfeE.jpg

CecIDDFWIAAV0S6.jpg
 
Bo.do bagi spoiler. Letak la warning spoiler alert. Kesian kat yang belom tengok lagi citer ni.

Nasib baik aku dah tengok.

Tu la pasal...
Br tgk semlm...
Sblm ni mmg xtau ending dia mcm mne...
 
Bo.do bagi spoiler. Letak la warning spoiler alert. Kesian kat yang belom tengok lagi citer ni.

Nasib baik aku dah tengok.

bo.do betul. aku yg x tengok lagi terus rasa xyah tengok da.
 
Back
Top
Log in Register