azrulazman
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,843
- Joined
- Feb 11, 2010
- Messages
- 30,843
- Reaction score
- 215
- Points
- 128
baru tgk semalam... aku suka Bale juga sebagai Batman.. tapi pada pandangan aku Ben Affleck punya versi Batman mmg awesome!!
Versi bale kalau kena tembak... bale kasi renjat sikit jer sampai jatuh.
Versi Ben Affleck kalau kena tembal... habis meletup sana sini dia tibai.
Kalau tgk forum-forum lain dan review lain, mmg ramai gila hentam filem ni. Tapi bagi aku filem ni layan. Aku dah lama dah teringin nak tengok filem samada DC atau Marvel yang 'dark' sikit mcm ni. Avengers mmg x lah. Tengah meletup sana sini pun masih ada lawak-lawaknya (pun ok... best juga).
Tapi BvS ni punya garapan cerita banyak dark. Lex Luthor punya sewel tu pun kengkadang mengganggu minda gak. Tengok perangai Lex membuatkan aku ternanti-nanti nak tengok The Joker dalam filem Suicide Squad nanti.
BvS ni dua kelemahan dia, 1) dia banyak skip scene. Tapi rasanya masalah ni akan selesai bila Ultimate Cut keluar dkt BluRay nanti. Tambahan hampir 30 minit waktu tayangan. Banyak tu.
2) Aku boleh bilang dengan jari... total action termasuk scene dalam mimpi tu. No more than 5 rasanya. Filem ni banyak bercakap. Orang sebelah aku sampai mengantuk.
Aku boleh bahagikan filem ni pada tiga section:
- Pertama, start filem Capitol Hall meletup tu. Part ni bosan. The only bahagian menarik dalam part ni adalah Batman di pelabuhan tu.
- Kedua, start Batman dapat Kryptonite sampai dia lawan dgn Superman.
- Ketiga, Doomsday.
Part pertama memang menguap sikit tengok. Tapi masuk start kedua tu hilang habis mengantuk aku. Garapan plot line dia takde la teruk sangat mcm ramai orang kata.
Senang cerita mcm ni: Kalau korang boleh layan Man of Steel dan Watchmen, maka korang boleh layan filem ni.
Tapi kalau korang tengok Man of Steel pun sampai tersengguk-sengguk mengantuk, elok tak payah tengok lah.![]()
Aku tau kawan aku sampai tertidur dalam wayang tengok Man of Steel dulu, tapi bila start Superman lawan Kryptonite dekat Smallville tu, mata dia la paling luas.
Action.
Honest pandangan aku. Action 10 saat dari Batman vs Superman ni adalah lebih baik dan mengujakan daripada seluruh action scene dalam Avengers dan Avengers: Age of Ultron. Cara dia susun kamera, explosion dan fight scene dia memang terbaik bagi aku. Pada aku nilai tiket tu just untuk tengok action sahaja pun dah berbaloi-baloi. Lagi-lagi kalau screen jenis besar gedabak dengan sound sistem gaban tu. Apa nama tu? Imax ke Atmos ke apa ke tah tu.
Zack Snyder ni tau macam mana nak choreograph action yang buat penonton teruja. Orang sebelah aku yang sampai tersengguk2 tadi, bila start Batman lawan Superman dia dah x tersengguk. Bila start Doomsday datang tegak terus dia. Battle scene memang mengujakan.
Soundtrack.
Aku x pernah lagi tengok filem lepas tu balik rumah cari soundtrack filem tu. X pernah. OK pernah sekali tapi tu sbb dengar dekat Youtube. Lux Aeterna nama dia.
Anyway, filem Batman vs Superman ni punya soundtrack awesome doh.Sapa tah komposer dia. Layan scene-scene dengan sountrack tu.
papa kassim telah beraksi