BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Batang Lupar Berpotensi Untuk Program lembah Daging

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
PUSA (SARAWAK), 21 Nov (Bernama) -- Kawasan Batang Lupar di Sarawak berpotensi besar untuk menjadi pusat penternakan lembu daging dan kambing secara komersial, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim di sini Sabtu.

Beliau berkata kementeriannya merancanga mewujudkan Kawasan Tumpuan Sasaran (TAC) untuk ternakan lembu di Sarawak dengan melibatkan program perintis yang disertai 16 peserta untuk ternakan haiwan itu dan 26 peserta ternakan kambing bermula bulan depan.

"Sebagai permulaan saya juga akan meminta pihak kementerian untuk mewujudkan satu program Lembah Daging Sarawak di kawasan Batang Lupar," katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Menurutnya Sarawak dan Sabah berpotensi untuk dijadikan pusat ternakan lembu dan kambing secara komersial kerana Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia telah mengiktiraf Pulau Borneo sebagai pulau bebas penyakit kuku dan mulut haiwan.

Katanya masih banyak lagi ruang dan peluang yang belum diceburi dalam sektor penternakan di Sarawak walaupun ketika ini Sabah mula menunjukkan kemajuan dalam bidang tersebut.

Rohani berkata tahun lalu Malaysia terpaksa mengimport daging lembu sebanyak 103 ribu tan berjumlah RM883.9 juta sementara daging kambing pula 18 ribu tan bernilai RM188 juta.

"Setakat ini kita hanya mampu mengeluarkan 25 peratus sahaja bekalan daging negara walaupun kita mempunyai kemampuan untuk mengeluar lebih banyak daging untuk keperluan tempatan," katanya.

Sementara itu katanya pihak kementerian akan berbincang dengan pihak kerajaan negeri untuk mempertimbangkan secara serius pewartaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kawasan Batang Lupar.

Katanya kawasan Batang Lupar berpotensi untuk dijadikan hab pengeluaran makanan dengan wujudnya jelapang padi Stumbin Bijat dan kawasan pertanian secara integrasi seperti tanaman jagung dan lain-lain tanaman yang berpotensi untuk dikomersialkan.

"Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat Lingga-Sebuyau-Beting Maro kelak akan menjadi "segitiga emas" bagi pengeluaran bahan makanan dan produk industri asas tani bukan sahaja untuk Sarawak tetapi juga untuk Malaysia," tambahnya.

--BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=457029
 
Back
Top
Log in Register