BTC USD 85,544.8 Gold USD 4,164.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Batal wuduk suami isteri

aku.tak.bersalah

Banned
Messages
444
Joined
Dec 30, 2010
Messages
444
Reaction score
5
Points
15
SAYA keliru mengenai sesetengah pendapat yang mengatakan batal wuduk jika bersentuhan antara suami dan isteri tetapi ada juga yang berpendapat ia tidak batal.

Bagaimana pula dengan konsep membatalkan air sembahyang selepas diijabkabul. Mohon penjelasan lebih tepat.


SHARMIZA
Kepala Batas



Ada dua pandangan ulama soal sama ada batal wuduk atau tidak jika bersentuhan suami dan isteri.

Pandangan pertama Mazhab Syafie mengatakan batal wuduk jika bersentuhan lelaki dan wanita yang harus berkahwin.

Pandangan kedua Mazhab Syafie juga mengatakan tidak batal wuduk bersentuhan lelaki dan wanita dalam suasana masahaqah (kepayahan/kesusahan) seperti tawaf haji jika bersentuhan tanpa syahwat.

Mazhab Hanafi pula berpandangan sentuhan suami isteri tidak batal tanpa syahwat.

Semua perbezaan ini terjadi kerana perbezaan tafsir ayat “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (Al-Maidah:6) Mereka yang mentafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas dengan maksud bersentuhan (al-lams) mengatakan batal wuduk dengan bersentuh suami isteri.

Hanafi pula mentafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: “Bahawa Rasulullah SAW mencium atau kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: ‘Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa’.”

Konsep batal air sembahyang selepas ijab kabul adalah adat dalam perkahwinan Melayu di mana selepas ijab kabul, pengantin perempuan akan mengucup tangan suami buat kali pertama sebagai isteri yang sah dan terbatallah wuduk mereka.

Sumber : Hmetro
 
isu lama. tp aku ambil jln tak batal wuduk berdasarkan hadis baginda.
 
tue lah tapi masih ramai yg ragu2.

so den paste je lah sumber yg baru den dpt nie.

saja share info.
 
makna adat tu sbnrnye tak batal la ek
atau cium tgn suami baru tu bernafsu, so batal hehe
 
Back
Top
Log in Register