BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Batal sijil Islam

shane

Legendary Member
gem
Messages
14,063
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,063
Reaction score
247
Points
133
SAIFULLAH AHMAD
18 Mei 2013

942883_656972727652511_806915745_n.jpg
image.jpg


Sebahagian jemaah solat Jumaat yang menyertai perhimpunan membantah permohonan semakan kehakiman.

IPOH - Majlis Permuafakatan NGO Islam Perak (Mampan) membantah permohonan semakan kehakiman oleh M Indira Gandhi, isteri K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah yang membatalkan sijil pengislaman anak-anak mereka di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Wakilnya, Suhaimi Latip berkata, Mampan mendesak semua pihak melihat isu pembatalan sijil pengislaman itu sebagai perkara yang berat dan serius.Menurutnya, kes tersebut perlu campur tangan pihak berwajib bagi memastikan kesucian Islam dan perundangan Islam dipelihara.

“Kita minta pihak berwajib melantik hakim beragama Islam dan memahami Islam untuk mengendalikan kes ini.

“Kita tidak mahu kes ini menjadi rujukan atau pendahulu kepada kes seumpamanya jika mereka menang,” katanya selepas Solat Jumaat di Masjid Negeri Sultan Idris Shah II, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia cawangan Ipoh, Mohamad Hafiz Ng Abdullah; Pengerusi Persatuan India Muslim Perak, Arif Aliah dan wakil Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Roshidi Shahari.

Suhaimi yang juga Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Perak memaklumkan, pihaknya sedang menggerakkan usaha bagi mengadap Yang Dipertuan Agong dan Sultan Perak bagi menzahirkan isu ini supaya ia mendapat perhatian sewajarnya.

“Umat Islam diajak berterusan bermunajat kepada ALLAH SWT dengan mengadakan solat hajat serta berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan tidak berlaku pembatalan sijil pengislaman.

“Kita mahu umat Islam di Perak dan seluruh negara memahami isu ini serta menyokong bantahan,” tegasnya.

Untuk tindakan bantahan dalam tempoh masa terdekat, beliau meminta orang ramai yang berkelapangan hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada 28 Mei untuk berhimpun secara aman bagi membantah tindakan berkenaan.

Pada 12 April 2009, Mohd Ridzuan membawa tiga anaknya iaitu Umu Salamah, 16; Abu Bakar, 14 dan Umu Habibah, 5, memeluk Islam tanpa pengetahuan Indira.

Pengislaman ketiga-tiga anaknya dibantah Indira yang memohon pembatalan sijil pengislaman di Mahkamah Tinggi Ipoh dan kes itu sudah dua kali didengar di mahkamah berkenaan.
http://www.sinarharian.com.my/arkib/batal-sijil-islam-1.161287

Bila hal ehwal Islam ditentukan oleh puak2 sekular... rendahnya martabat islam disisi mereka...
muallaf%2BIslam.png
 
Last edited:
kena masuk buletin utama ni

baru seluruh rakyat malaysia tau
 
Kes berat ni,lawan ttp lawan..nnti aku tliti dlu...:-?
Kalau undang2 negara mengenepikan undang2 Islam, nak teliti lagi pun sudah susah, kesilapan Khalifah Najib memberi Ketua Mufti BN Koh Tsu Koon keluarkan fatwa & menteri umngok Nazri Aziz isytiharkan di parlimen.... nak buat camana dah dorang rasa ulamak2 islam dah tak di perlukan....
 
Kalau undang2 negara mengenepikan undang2 Islam, nak teliti lagi pun sudah susah, kesilapan Khalifah Najib memberi Ketua Mufti BN Koh Tsu Koon keluarkan fatwa & menteri umngok Nazri Aziz isytiharkan di parlimen.... nak buat camana dah dorang rasa ulamak2 islam dah tak di perlukan....

jgn panggil khalifah najiblah,mcm tuh punya manusia jauh tarafnya dgn khalifah nih!
 
jgn panggil khalifah najiblah,mcm tuh punya manusia jauh tarafnya dgn khalifah nih!

Saja aku panggil "Khalifah Najib" sebab dalam isu ni dia tak rujuk pun pada ulamak2 & Mufti2 Islam. Dia lantik Koh Tsu Koon jadi "Ketua Mufti", sebagai "mufti2" dia lantik S. Subramaniam, Shahrizat lembu condo & Jamil Khir yg dituduh salahguna wang zakat. Lepas mereka bersidang "Ketua Mufti" Koh Tsu Koon pun keluarkan "fatwa" anak2 mualaf tak boleh ikut parent dorang peluk Islam sampai umur 18 tahun. Maka pada 23 April 2009 Nazri Aziz pun umum perisytiharan "FATWA" tu di parlimen. Jadi kalah la Ridzuan Abdullah, terpaksa serahkan 3 org2 anak2 dia yg dah Islam kepada ibu Hindu mereka... Kalah lah keputusan Mahkamah Syariah sebab Mahkamah Syariah lebih rendah dari mahkamah sekular!

Sekarang mereka nak batalkan sijil pengislaman ketiga2 anak Ridzuan Abdullah ni pula.... & Hassan Aqidah senyap lupa 1 dari 3 line dia, katak Melayu lari masuk bawah tempurung, "Khalifah" Najib sibuk canangkan national reconciliation, Abdullah Saamah sibuk nak bina pondok RM2juta, Zul Nordin sibuk cuba kekal relevan, tapi mata menjeling tempurung dia!!! Semua lepas pandang...
 
Last edited:
banyak dh kes gini.. selalunya dorg akn menang bila di court. gov must do something!!
 
Back
Top
Log in Register