balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Putrajaya: Semua saman tertunggak menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada pemilik kenderaan sebelum 18 September lalu, akan dibatalkan terus sekiranya dipersetujui Jemaah Menteri.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara itu adalah antara pilihan dikemukakan Kementerian Pengangkutan kepada Kabinet bagi menyelesaikan isu saman tertunggak AES yang membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai, sebelum ini.
Katanya, antara pilihan lain termasuk memberikan diskaun sehingga 50 peratus dan pemulangan wang kepada pemilik kenderaan membayar saman AES lebih awal.
“Semua opsyen akan dibentangkan kepada Kabinet bersama laporan penuh dan kajian terperinci oleh tiga jawatankuasa kecil yang dibentuk kerajaan iaitu kewangan, perundangan dan Operasi.
"Saya tengok semua isu mengenai AES, Insya-Allah dapat diselesaikan selepas opsyen terbabit dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh satu atau dua minggu lagi,” katanya.
sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BatalsamanAESjikadipersetujui/Article