BTC USD 84,458.3 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Basket Trading & Pair Yen Correlation

Sy pun pelik nape TT pilih UCH? :-? bkn ke positif correlation ngn UJ? http://fxtradeinfocenter.oanda.com/charts_data/fxcorrelations

boleh TT terangkan detail lg?
lagi 1, indi overlay tu kdg2 repaint.. cmne TT settlekn mslh ni?

sory byk tnye :p newbie nk blja
Methode basket ni dibahaskan panjang lebar di thread 1000 dan 3000pips.Segala related tools semua ada kat sana.Positif correlation,negative correlation...apa pair2 yang terlibat,currency block,tandem dan sebagainya.Boleh ushar tengok kat thread masta LukPayat..tapi dah panjang berjela laa..lebam nak starting dari 1st page.

Kalau TT nak bukak thread pasal basket dan correlation ni,saya suka untuk melihat satu perubahan atau pembaharuan dari teknik basket di 1000 dan 3000pips.TT kena siapkan tools dan data dari tarikh belakang2 untuk buat testing berdasarkan macam mana TT faham mengikut kaedah TT dalam menentukan correlation antara pair.

Sesuatu pair yg +ve correlation boleh jugak menjadi -ve pada masa masa yang tertentu.Methode correlstion dan basket nih melibatkan gabungan FA dan TA..secara TA macam nih formula dia,tapi bila ada kekuatan dari FA,TA juga boleh berubah secara kita sedar atau tidak ianya sedang atau telah terjadi.

Dan disini dia akan menemukan persolan yg terpenting iaitu ENTRY dan TIMING.Apa decision ENTRY,bila TIMING nya,berapa lama TIMING nya.Kita melihat market secara overall,apa yang sedang berlaku,apa yang sedang menguat,apa yang sedang melemah,penyebab2 kenapa terjadi kekuatan dan kelemahan itu,berapa lama TIMINGnya.Memang akan ada banyak persoalan yg perlu diambil kira..Ada hari2 yg kita boleh trade basket berdasarkan TA kita dan ada hari2 yang akan terjadinya FA menyebabkan TA kita akan huru hara.Kita mencari sebab kenapa pada masa itu TA akan akan masaalah dengan sentimen FA

Ada orang telah semakin advance dengan menggabungkan fahaman forex ni dgn fahaman intermarket seperti bond,comodities dan lain2 untuk melihat kaitan tools instrumen keewangan dunia ini dijalankan dan kaitan antara satu sama lain dalam menentukan hala tuju basket dan correlation forex..Agak complicated sebenarnya benda nih..Tapi aku tak kata ianya terlalu susah untuk difahami cuma perlukan extradinory thinking untuk jadikannya simple untuk cari jawapan kepada apa yg sedang terjadi dan bakal terjadi dalam forex untuk menentukan Timing dan ENTRY kita.Ada banyak kupasan2 menarik telah dibahaskan sebelum ini dalam thread 1000 dan 3000.

Jadi bila TT nak bukak thread baru pasal teknik basket dan correlation nih TT kena ada satu evolution dan pembaharuan dari teknik basket sebelumnya dan saya sangat suka untuk melihat bagaimana perkara ini akan dibangunkan.Tetapi kalau still same dengan apa yg telah ada di 1000 dan 3000pips saya rasa TT better stick dengan apa yg telah diceritakan oleh LukPayat sebelum ini.

Btw TT boleh teruskan revealed foundingnya kat dalam nih dan kita boleh tengok apa pembahruan dan Evolution BARU yg bakal terhasil kat dalam ni...:-?
 
Tq kerana masuk thread ni..

1. Aku bukan bermaksud nak bawak perubahan baru @ evolusi baru...sbb aku baru saja dgn benda2 cenggini, jadi mcm culture shock sket la. jadi, kalo sesiapa yang mengharapkan new development dan pembaharuan dari kaedah basket trading ni, mintak maaf byk2, aku bukan orangnya, hehehe. Jadi kalo bertanya tentang cth indicator overlay yg repaint tu mintak maaf sgt2, aku just guna utk buktikan USDJPY kalo vs USDCHF, akan memberikan impak trend pada semua pair yen (maybe ada corelation tambahan lagi kot).

2. Tujuan thread ni dibukak sbb aku tgk xde sape bahaskan detail2 yg mendalam dan compilekan jadi satu note. bila ada benda ni nanti, insya Allah xde la team kuda menindas bakal2 newbie di sana, caj student kelas dia berkali-kali sampai berganda-ganda harga kelasnya...Sori ye team kuda, biar semua orang tahu..

Kesimpulannya, aku perlukan lagi feedback2 dari korang2 yg dah lama menggunakan teknik 1000pip @ 3000 pips dan juga dari student2 lama team kuda, kalo tahu akan correlation ni, sudi2kan lah sharing ilmu tu. Macam aku kata seperti 1st thread, aku masih mengkaji, jadi kepada yg dah habis kaji sudi-sudikanlah share.

:)
 
Last edited:
kene perhatikan usdjpy most of the time, YEN index dan pair paling ganas gbpjpy... isk byk lagi aku kena belajar.. teruskan usaha murni TT... i follow...
 
nice one..perbincangan mengenai correlation meningkatkan minat aku nak paham ngan lebih detail..

uj naik,uchf turun= probablity yen naik...

nak kene kaji ni
 
Swiss currency sememangnya one of the top, maybe top kat Europe, memang elok di gunakan sebagai yard stick for correlation. Cuba tengok price yang tiba tiba naik terutama apabila Euro menjunam, semuanya ada kena mengena dengan SNB (Swiss National Bank)intervention.Sebab itu saya dah tawar hati trade Euro...itu adalah currency "pengecut"...dan big momma dia adalah SNB.

So atas sebab itu, saya cuma trade "sister currencies" like GBP/YEN, or AUD/USD or USD/CAD, untuk mengelakkan direct impact daripada intervention SNB.

Sekian.

p/s pandangan saya sahaja...
 
Salam. Aku sekadar ingin berkongsi:

Yen adalah quote currency. Maka apa-apa yang melibatkan pair yen kita galakkan sell (kalo price dah toppping).

Bila kita nak sell, kita akan sell SEMUA pair yen. Dan begitu jugaklah untuk buy, kita buy SEMUA. Disebabkan xde satupun pair yen yang menjadi base, maka kita memilih sifat entry sebegini.

Ada 7 pair yen biasnnya dalam kebykan broker. Jadi eloklah kalo kita ada skrip buy all yen @ sell all yen sepertimana skrip yang lukpayat edarkan dalam forum ni.

GBPJPY / EURJPY / USDJPY / CHFJPY / AUDJPY / NZDJPY / CADJPY

Di atas adalah 7 pair yang kita gunakan dalam trading. Kalo korang tengok semua 7 pair dalam chart, korang akan nampak, tujuh2 chart ni movement hampir-hampir sama. Ini membuktikan bahawa strategi untuk BUY ALL YEN @ SELL ALL YEN adalah BENAR.

Walaupun kita boleh BUY/SELL ALL YEN. Ini tidak bermakna setiap masa kita boleh run skrip order basket ini. Maknanya, ada waktu-waktu tertentu sahaja yang membolehkan kita guna skrip order ini mengikut correlation yang kita kena ketahui.

Dan juga mengetahui sifat2 setiap pair yang ada dalam senarai di atas.

Dalam 7 pair ini, bukan semua bergerak pada kadar kelajuan pip yang sama. Ada yang pelan, ada yang laju. Tapi bila kita enter BUY@SELL ALL YEN, akan membuahkan profit.

Sepertimana korang sedia maklum, GBPJPY adalah pair yang paling ganas kelajuan pip dia. Manakala USDJPY pair paling slow dalam semua pair.


Kepada kawan-kawan lain, maila sambung lagi...Saya masih di peringkat MENGKAJI :D


Kena masukkan Faktor Nikkei Index....Sebab bila fund manager masuk Nikkei Index akan berlaku pembelian Yen secara besar besaran....begitu jugak dengan faktor simpanan minyak di Jepun...Kalau permintaan minyak tinggi di Jepun ...pembelian USD secara besar besaran akan berlaku .Mereka Beli USD dan Jual Yen untuk beli Minyak yang qoutes dalam USD....Jadi anchor pair bagi Yen ini ialah UJ ...Jadi untuk trade Yen ini kena peka dengan faktor fundamentals..
 
Kena masukkan Faktor Nikkei Index....Sebab bila fund manager masuk Nikkei Index akan berlaku pembelian Yen secara besar besaran....begitu jugak dengan faktor simpanan minyak di Jepun...Kalau permintaan minyak tinggi di Jepun ...pembelian USD secara besar besaran akan berlaku .Mereka Beli USD dan Jual Yen untuk beli Minyak yang qoutes dalam USD....Jadi anchor pair bagi Yen ini ialah UJ ...Jadi untuk trade Yen ini kena peka dengan faktor fundamentals..

maknanya takleh lari daripada baca intermarket relations la ni.. tengok crude, nikkei index, tengok CAD currency(crude comodity utama), GBP juga(BP), yen index, UJ, EJ, GJ dan juga BOJ intervene... pening jugak nak refine n tengok yg mana direct impact yg mana indirect impact.. takpo TT teruskan... mungkin ada yg mahir bantu nanti..
 
Last edited:
Kena masukkan Faktor Nikkei Index....Sebab bila fund manager masuk Nikkei Index akan berlaku pembelian Yen secara besar besaran....begitu jugak dengan faktor simpanan minyak di Jepun...Kalau permintaan minyak tinggi di Jepun ...pembelian USD secara besar besaran akan berlaku .Mereka Beli USD dan Jual Yen untuk beli Minyak yang qoutes dalam USD....Jadi anchor pair bagi Yen ini ialah UJ ...Jadi untuk trade Yen ini kena peka dengan faktor fundamentals..

nampaknya pencarian aku rupa2nya berkenaan dgn intermarket analisis...tq semua....;)
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14014
USD / JPY
157.506
GBP / USD
1.32572
USD / CHF
0.82836
USD / CAD
1.41406
EUR / JPY
179.045
AUD / USD
0.70256
Back
Top
Log in Register