W810
Active Member
- Messages
- 1,644
- Joined
- Apr 20, 2009
- Messages
- 1,644
- Reaction score
- 31
- Points
- 30
KUALA LUMPUR - Seorang warga emas berusia 63 tahun cedera parah manakala lapan lagi dirawat sebagai pesakit luar apabila bas ekspres yang dinaiki terbabas lalu terhumban ke dalam gaung di Kilometer 434, Lebuh Raya Utara-Selatan malam kelmarin.
Difahamkan, semasa kejadian, bas tersebut membawa seramai 20 orang penumpang termasuk pemandunya dan dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Shah Alam.
Ketua Trafik Selangor, Supritendan Che Hussein Omar berkata, kejadian pada pukul 10.30 malam itu berlaku apabila bas ekspres milik syarikat Roadways itu tidak dapat dikawal lalu terhumban ke dalam gaung.
Menurut beliau, sebelum itu bas tersebut telah terseret ke atas penghadang jalan sebelah kiri sejauh 50 meter.
"Selepas terseret ke atas penghadang jalan, bas itu terjunam ke dalam gaung apabila penghadang tersebut patah," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Khairudin memberitahu, mangsa warga emas yang cedera parah itu tersepit di tempat duduknya dan dibawa keluar oleh anggota bomba yang mengambil masa kira-kira 30 minit.
Katanya, kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.
Ujar beliau, pemandu bas tersebut yang berusia lingkungan 40 tahun kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan kerana didapati memandu secara berbahaya.