BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bas jadi leper selepas nahas

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_02.1.jpg


ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 31 kanak-kanak dan remaja serta empat orang dewasa terbunuh apabila sebuah bas terbabas dan memasuki gaung di tenggara Islamabad, kata beberapa pegawai semalam.

Bas itu membawa pulang pelajar sebuah sekolah swasta daripada berkelah.

Ia terbabas dan jatuh ke dalam gaung di wilayah Punjab kelmarin.

"Seramai 35 mangsa termasuk 31 kanak-kanak dan empat orang dewasa terbunuh dalam kemalangan itu. Pemandu, pembantu pemandu, penolong pengetua dan guru antara yang terkorban," kata seorang pegawai pentadbiran kanan di daerah Faisalabad, Naseem Sadiq.

"Kesemua pelajar itu berumur di antara 10 hingga 15 tahun," kata ketua sebuah hospital, Dr. Sultan Alamgirian.

Seorang pegawai memberitahu, siasatan akan dilakukan bagi mengetahui punca kemalangan tetapi laporan awal menyatakan ia mungkin disebabkan masalah brek. - AFP

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm
 
Last edited:
pergh!!!! leper...........org oun leper ni
 
puspakom sila ambik iktibar... jgn ingat kantaw jer.
 
bila accident bas kita selalu mengatakan masalah brek....kedua pemand bawa laju ke mengantuk ke.....masalah jalan ke....lastly dah takdir
 
amat tragis kemalangan ni..ramai betul yg terkorban..
majoritinya kanak2 pulak tu..:(
 
huhu..macam mana bawak ni...sampai masuk gaung..
 
kalau tengok IRT deadliest road......dah bole agak macam mana cara org sana bawak bas #:-S
 
Back
Top
Log in Register