BTC USD 83,887.8 Gold USD 4,279.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bas amfibia di Terengganu

Bas dua alam belum penuhi harapan

image.jpeg

Ariffin (berkopiah) diberi penerangan mengenai Amphicoach di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN ONLINE







KUALA TERENGGANU 5 Jun - Kerajaan negeri dijangka akan hanya menerima secara rasmi pembelian bas dua alam, Amphicoach bernilai RM3.3 juta daripada pihak pembekal pada Oktober depan setelah justifikasi yang ditetapkan dipenuhi dan mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bas itu kelak akan diserahkan kepada pihak pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) di sini sebagai sebahagian daripada produk tarikan baharu dalam pakej pelancongannya.

Katanya, orang ramai tentunya tertunggu-tunggu untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang unik, pertama seumpamanya di Asia ini namun beliau mensasarkan perkhidmatan di sekitar muara sungai Terengganu akan hanya dapat dimulakan awal tahun depan.

"Pada masa ini bas mengalami kerosakan sewaktu dipandu uji kali kedua pada 13 Mac lalu. Alat gantinya dari Jerman dijangka tiba pada esok (hari ini) dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengeluar.

Beliau berkata demikian selepas menerima taklimat berhubung Amphicoach daripada Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pelancongan negeri, di sini hari ini.

Bas yang ditempah di Malta pada 30 April 2014 yang sekain lama menjadi isu sensasi di negeri ini tentang harga dan terlalu lama untuk disiapkan, tiba di negara pada 28 Januari lalu dan dibawa ke Terengganu sebulan kemudiannya selepas mendapat pelepasan, telah dua kali dilakukan pandu uji.

Menurut Ariffin, pihak pembekal kini dikenakan bayaran denda RM1,100 sehari atas kelewatan menyerahkan kenderaan mengikut jadual dan sehingga kini telah mencecah lebih RM200,000.

Pembelian Amphicoach merupakan idea bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi dwifungsi iaitu untuk operasi menyelamat pada musim banjir dan tujuan pelancongan di tasik Kenyir

Namun Ariffin berkata, kerajaan Pas tidak berhasrat menggunakan Amphicoach untuk kegunaan operasi menyelamat mangsa banjir kerana kenderaan itu ternyata tidak sesuai untuk kegunaan lasak.

"Berdasarkan dua sesi ujian yang dilakukan sebelum ini, kami berpendapat Amphicoach tidak mampu melakukan 'kerja berat' tetapi lebih sesuai sebagai produk pelancongan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE













sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bas-dua-alam-belum-penuhi-harapan-1.685914#ixzz5HXiUbZL1










.
 
Syarikat pembekal bas amfibia didenda RM400,000


ambivia_1534886408.jpg

Bas Amfibia melintasi Masjid Kristal ketika sessi pandu uji menyusuri Sungai Terengganu.








Kuala Terengganu: Syarikat pembekal bas amfibia (Amphicoach) didenda hampir RM400,000 berikutan kegagalan kenderaan itu beroperasi selepas mengalami masalah pemanasan melampau (over heating) ketika proses ujian dilakukan Rabu lalu.

Berikutan kerosakan itu, bas bernilai RM3.3 juta yang dikatakan mampu bergerak dalam air dan di daratan tersadai apabila kerajaan negeri memutuskan untuk tidak menerimanya walaupun tempoh penyerahan kenderaan itu berakhir Oktober tahun lalu.

Bas amfibia itu ditempah khas daripada sebuah syarikat di Malta pada 2014 oleh kerajaan negeri untuk tujuan pelancongan dan operasi menyelamat mangsa banjir di kawasan yang sukar dilalui kenderaan berat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata, syarikat pembekal bas itu dikenakan denda atas kelewatan menyerahkan kenderaan berkenaan dalam keadaan sempurna sebanyak RM1,100 sehari mulai 6 Oktober tahun lalu.

Katanya, sehingga kini jumlah denda yang dikenakan kerajaan negeri ke atas syarikat pembekal bas itu adalah RM349,800 dan mungkin akan mencecah melebihi RM400,000, bergantung atas kelewatan.

“Sejak bas amfibia sepanjang kira-kira 12 meter dan boleh menampung 47 penumpang dengan kelajuan 110 kilometer sejam di darat itu dihantar ke negeri ini pada 18 Februari tahun lalu, kerajaan negeri sudah melakukan beberapa pandu uji dan kali terakhir adalah Rabu lalu.

“Bas yang digerakkan oleh enjin jenis MAN berkapasiti 300 kuasa kuda dengan jet marin berkembar mencapai kelajuan maksimum sehingga lapan knot di dalam air gagal melepasi piawaian ditetapkan apabila berlaku pemanasan melampau ketika ujian dilakukan Jabatan Laut,” katanya kepada NSTP ketika dihubungi.

Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, kos keseluruhannya bas berkenaan adalah RM3.3 juta dan kerajaan sudah membuat pembayaran RM3 juta.

“Saya yakin, kerajaan tidak akan bayar satu sen pun baki RM300,000 sehingga bas itu diserahkan kepada kita.

“Bagi mengelakkan kerajaan negeri menanggung kerugian, syarikat pembekal bas masih diberi peluang untuk membaiki kerosakan,” katanya.

Ariffin berkata, kerajaan negeri difahamkan, kerja pembaikan bas akan dilakukan oleh jurutera daripada MAN yang beribu pejabat di Rawang, Selangor, minggu depan.







sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/08/370282/denda-rm400000







.
 
Membazir je.
Bas camni elok je kat Everland Korea. Knp malaysia tak boleh dpt yg elok?
 
Beli satu hal. Nk menten pun satu hal. Warna plak putih leput..
Semoga dipermudah urusan.
 
Kerajaan Terengganu batal pembelian Amphicoach

D3IU4wQVAAAaQIi.jpg


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu membatalkan pembelian bas dua alam bernilai RM2.7 juta, Amphicoach, atas faktor kelewatan projek dan isu keselamatan.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata keputusan itu disyorkan jabatan teknikal berkaitan selepas mendapati kenderaan itu tidak selamat digunakan di darat dan air kerana gagal memenuhi spesifikasi ditetapkan.

Beliau berkata, jabatan teknikal terbabit meliputi Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut, di samping beberapa jabatan lain.

“Faktor utama kita membatalkan pembelian ini ialah isu keselamatan. Antara masalah utama dihadapi ialah ‘overheating’ ketika ia beroperasi di darat dan air.

“Kerajaan negeri sudah menyerahkan kepada JKR untuk menilai spesifikasi kenderaan itu dan mendapati Amphicoach tidak direka bentuk dengan menggabungkan aspek keselamatan maksimum serta tidak menepati keperluan di darat dan air.

“Oleh kerana tiada penyelesaian, kerajaan negeri mengambil sikap menolak pembelian bas Amphicoach,” katanya pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini, hari ini.

Amphicoach diilhamkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mahu bas itu digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar raya ini sebelum menyusuri Sungai Terengganu, selain dimanfaatkan ketika banjir bagi memindahkan mangsa dari kawasan bencana.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, kontraktor gagal mematuhi syarat dan terma kontrak selaras Klausa 20 (a), Penamatan Penggajian Kontraktor, selain Amphicoach gagal mendapat kelulusan pendaftaran JPJ serta Jabatan Laut bagi membolehkannya beroperasi di darat dan air.

“Tempoh kontrak diberikan kepada kontraktor, Alam Perkasa Technology Sdn Bhd, ialah dari 1 Januari hingga 30 Ogos 2015 dan ia sudah lama berakhir.

“Setakat ini, kita sudah mengeluarkan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT) yang keenam pada 5 Oktober 2017 kepada kontraktor, dan tidak akan mengeluarkan EOT baharu,” katanya.

Terdahulu pada sesi persidangan DUN, Hishamuddin Abdul Karim Ahli (PAS-Tepoh) bertanya mengenai perancangan kerajaan negeri memanfaatkan Amphicoach dalam industri pelancongan Terengganu.

Ahmad (BN UMNO-Kijal) yang bertanggungjawab dalam pembelian bas dua alam itu ketika pentadbirannya, turut bertanya jika JPJ tidak boleh bertolak ansur dalam kelulusan operasi Amphicoach.

Isu itu semakin hangat apabila dewan dimaklumkan bahawa bas amfibia yang tiba di Terengganu pada tahun lalu berjenama MAN dan bukan Iveco Bus sebagaimana ditempah pada peringkat awal, namun Ariffin menjelaskan ia adalah keputusan kerajaan negeri berdasarkan ketahanan dan kelasakan jenama berkenaan.

“Amphicoach sebenarnya adalah bas biasa yang diubah suai. Pengubahsuaiannya yang tidak memenuhi spesifikasi, diragui oleh JPJ dan Jabatan Laut.

“Selain beberapa masalah teknikal lain, kenderaan yang ada 42 tempat duduk penumpang ini juga tidak mendapat kelulusan JPJ kerana gagal dalam ujian keseimbangan bas yang boleh mengundang bahaya,” katanya.

Ariffin berkata, kerajaan negeri kini menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang negeri untuk menyelesaikan isu bas berkenaan, terutama membabitkan pembayaran dan pemulangan wang selepas kontraktor gagal memenuhi skop kontrak.

“Hingga 31 Mac 2019 bersamaan kelewatan selama 542 hari, kontraktor perlu membayar Ganti Rugi Tetap (LAD) bernilai RM1,100 sehari membabitkan jumlah keseluruhan RM596,563,” katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/w...erajaan-terengganu-batal-pembelian-amphicoach
 
Back
Top
Log in Register