BTC USD 83,887.8 Gold USD 4,279.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bas amfibia di Terengganu

Alhamdulillah... syukur.. krn aku hidup dalam negara yg kaya raya..

Lepas ni harap abam mad beli bas yg bulih jalan atas jalanraya.. jalan dalam sungai.. dan bulih bawak menyelam juga... senang la... kot2 pesawat jatuh.. terus bulih cari..
soal rega 800 billion pun kita rakyat tk kisah..
besar manfaat tu.
 
awat tk sewa bas melaka punya jer...langkawi pun sewa dgn melaka gak...:)):))
 
pendapat aku, idea MB ini boleh digunapakai, cuma diperlekehkan kerana beliau merupakan MB berpartikan BN. cuba tengok kalu idea ini datang dari MB berpartikan PR, berombak pujiannya, siap tsunami lagi. kira baguslah, sebagai perlancongan, jika banjir, boleh digunakan sebagai pengangutan untuk mangsa banjir ke kawasan penempatan banjir.
 
xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.oxi2KI_5CM.webp
AMPHICOACH bakal merancakkan pelancongan Tasik Kenyir dan digunakan untuk pemindahan mangsa banjir.
​


Kuala Berang: Dua kenderaan ‘amphicoach’ (bas amfibia) yang dibeli kerajaan negeri Terengganu bukan setakat digunakan untuk merancakkan aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, malah akan dipakai bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana itu melanda.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk membeli dua kenderaan terbabit yang bernilai RM6 juta kerana ia mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan negeri bersetuju membeli dua buah ‘amphicoach’ buatan Malta ini yang dapat digunakan di darat dan air.

“Kenderaan berbentuk seperti bas ini mampu memuatkan 50 penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan mencecah lapan knot di dalam air.

“Setibanya musim tengkujuh, ia akan digerakkan bagi membantu mangsa banjir kerana biasanya pengangkutan darat mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti di Kemaman, tahun lalu.


http://www.hmetro.com.my/articles/Basduaalam//Article?BeritaUtama

terus ada dlm wikipedia.. LOL...

http://en.wikipedia.org/wiki/AmphiCoach_GTS-1
 
sebiji bas 3 juta...perghhh.. ...terbaik...malaysia mmg kaya...bangga jadi rakyat malaysia

harga sebuah bas biasa berapa? rasanya ramai yang hendak tahu, sebab aku pernah dengar, sebuah bas ekspress baru harganya dekat RM1 juta. apa pun mungkin tuan lebih tahu harga bas biasa, jadi boleh kita semua sabitkan dengan harga bas yang MB terengganu beli ini, patut atau tidak dengan harganya.
 
pendapat aku, idea MB ini boleh digunapakai, cuma diperlekehkan kerana beliau merupakan MB berpartikan BN. cuba tengok kalu idea ini datang dari MB berpartikan PR, berombak pujiannya, siap tsunami lagi. kira baguslah, sebagai perlancongan, jika banjir, boleh digunakan sebagai pengangutan untuk mangsa banjir ke kawasan penempatan banjir.

sebab dia markup melampau sangat.

kos dia £280,000 pada tahun 2010.

mengikut logik akal, semakin lama teknologi tu, semakin turun harga dia..

tapi, bile membabitkan kerajaan malaysia, dia menjadi berganda2 mahalnya.

sebab apa? sebab fikir camne nak masukkan skit dalam perut dia..:(scam:(scam

paling banyak nak markup pun sepatutnya 2 bas tu berharga 5 juta sahaja..
 
macam kecik je, macam tak muat 50 orang, kalo muat kang nanti tengelam pulak kan bas ni
 
sebab dia markup melampau sangat.

kos dia £280,000 pada tahun 2010.

mengikut logik akal, semakin lama teknologi tu, semakin turun harga dia..

tapi, bile membabitkan kerajaan malaysia, dia menjadi berganda2 mahalnya.

sebab apa? sebab fikir camne nak masukkan skit dalam perut dia..:(scam:(scam

balik banyak nak markup pun sepatutnya 2 bas tu berharga 5 juta sahaja..

macam mana tuan tau ianya teknologi lama? adakah bas yang dibeli itu dibina pada tahun 2010?
 
Jadi tukun je la bas tu sok.... beli bas yang tah ada berapa ketul je kat malaysia ni pastu kalau rosak .... boleh dapat harga murah ke alat ganti ??? tukun termahal dari duit rakyat.... ~X(~X(~X(
 
Back
Top
Log in Register