BTC USD 84,530.8 Gold USD 4,265.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bas amfibia di Terengganu

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.oxi2KI_5CM.webp
AMPHICOACH bakal merancakkan pelancongan Tasik Kenyir dan digunakan untuk pemindahan mangsa banjir.
​


Kuala Berang: Dua kenderaan ‘amphicoach’ (bas amfibia) yang dibeli kerajaan negeri Terengganu bukan setakat digunakan untuk merancakkan aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, malah akan dipakai bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana itu melanda.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk membeli dua kenderaan terbabit yang bernilai RM6 juta kerana ia mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan negeri bersetuju membeli dua buah ‘amphicoach’ buatan Malta ini yang dapat digunakan di darat dan air.

“Kenderaan berbentuk seperti bas ini mampu memuatkan 50 penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan mencecah lapan knot di dalam air.

“Setibanya musim tengkujuh, ia akan digerakkan bagi membantu mangsa banjir kerana biasanya pengangkutan darat mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti di Kemaman, tahun lalu.


http://www.hmetro.com.my/articles/Basduaalam//Article?BeritaUtama
 
dua bas 6 juta? baik beli bass biasa 2, beli bot biasa dua. balance kasi surau...
 
ngeri plak nengok..sbb aku dh kena kejadian burok kat kenyir ni
 
kelajuan mencecah 8 knot tue convert kepada km/h berapa speed dia?
 
sebiji bas 3 juta...perghhh.. ...terbaik...malaysia mmg kaya...bangga jadi rakyat malaysia
 
X praktikal...kos pun melampau mahal...
 
Back
Top
Log in Register