BTC USD 81,666.6 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BARU vs BAHARU

aku lebih suka ckp 'baru' drpd 'baharu'..
panjang plak nak sebut 'baharu'
 
kalau tengok iklan sekarang ni.. diorang dah banyak guna perkataan BAHARU.. setau akulah perkataan BAHARU ni adalah perkataan lama sebelum ditukar menjadi BARU.

Sekarang ni, perkataan BAHARU dah jarang digunakan dan Kamus Dewan pun dah mengiktiraf BAHARU boleh digantikan dengan BARU. Kalo dulu, bila buka Kamus Dewan, cari makna BAHARU, dia akan bagi apa dia makna BAHARU. Tapi sekarang ni, buka Kamus Dewan edisi keempat (terbit tahun 2005 lagi..), bila cari makna BAHARU, dia akan bagi makna BAHARU adalah BARU. Senang cerita, perkataan BAHARU, sekarang ini sama maknanya dengan BARU. Dan perkataan BARU telah mengandungi makna-makna bagi yang dulunya dipunyai oleh perkataan BAHARU.

Sesudah perkataan BAHARU dijadikan BARU oleh pakar-pakar bahasa, barulah diorang terhegeh-hegeh nak gunakan perkataan BAHARU… macam berundur ke belakang pulak dah...:-?:-?

(kalau apa yg aku kata ni salah..tolong perbetulkan ye):D:D

tak ada pertukaran dari BAHARU->BARU

benda tu berevolusi, morphing.

"Saya" berasal dari "Sahaya" ( as in "hamba sahaya")

"Saja" berasal dari "sahaja"

"Merdeka" dari "Merdeheka"


apa yang berlaku, DBP cuba untuk memulihara (restore) perkataan tersebut ke bentuk asal.

Bagi yang belajar agama pakai kitab Muta'al Badrein rasanya tak berapa kekok dengan bahasa lama.

sehingga abad ke-19 masih ada lagi teks dan puisi/pantun yang mengekalkan bentuk perkataan "Sahaya"... (tapi orang sekarang geli nak sebut 'sahaya', tak mahu merendahkan diri ke taraf hamba).

adakah kita mahu "saja", yang sudah pun pendek menjadi "je" sahaja?

jadi saya menyeru diri saya sendiri dan juga rakan-rakan, memelihara ejaan kita.
 
tak sama la...
dua-dua membawa maksud yg berbeza..

BAHARU -->>> Digunakan untuk menerangkan sesuatu benda yang belum pernah ada/miliki sebelum ini.


BARU --->> lebih kepada perbuatan.


cth:

BAHARU :
1. Model kereta XX adalah model BAHARU keluaran syarikat itu.
2. Ali membeli sepasang baju BAHARU utk dijadikan hadiah buat kawannya.


BARU:
1. Kereta itu baru sahaja lalu di hadapan rumah itu.
2. Mesyauarat itu baru sahaja dimulakan beberapa minit yang lepas.
3. Saya baru je sampai tadi


hahah..macam cikgu kelas BM lak aku nie...:eek::))
 
Last edited:
hehehe....mcm2 je la dewan bahasa ni....kesian budak2 spm yg nak amek exam BM....
 
tak ada pertukaran dari BAHARU->BARU

benda tu berevolusi, morphing.

"Saya" berasal dari "Sahaya" ( as in "hamba sahaya")

"Saja" berasal dari "sahaja"

"Merdeka" dari "Merdeheka"


apa yang berlaku, DBP cuba untuk memulihara (restore) perkataan tersebut ke bentuk asal.

Bagi yang belajar agama pakai kitab Muta'al Badrein rasanya tak berapa kekok dengan bahasa lama.

sehingga abad ke-19 masih ada lagi teks dan puisi/pantun yang mengekalkan bentuk perkataan "Sahaya"... (tapi orang sekarang geli nak sebut 'sahaya', tak mahu merendahkan diri ke taraf hamba).

adakah kita mahu "saja", yang sudah pun pendek menjadi "je" sahaja?

jadi saya menyeru diri saya sendiri dan juga rakan-rakan, memelihara ejaan kita.

Nak betulkan sikit ayat merah.

'Merdeka' tidak muncul daripada 'merdeheka'. Kata 'merdeka' telah berdiri sendiri sejak zaman-berzaman. Dari Sejarah Melayu "...maka yang merdeka cukup setahil.." di mana 'merdeka' dieja dengan mim ro dal ya kaf.

Adalah dipercayai 'merdeheka' itu dicipta oleh Tunku Abdul Rahman bagi 'melembutkan' nada 'merdeka' kerana perkataan itu tidak disukai British. Demikianlah yang disebut oleh Khatijah Sidek, Ketua Wanita UMNO dalam bukunya "Memoir Khatijah Sidek: Puteri Kesateria Bangsa".

******
Berkenaan baru/baharu, asalnya ialah seperti yang dinyatakan Megat. Tapi DBP melalui edaran Tatabahasa Dewan menakrifkan baharu/baru seperti dinyatakan azlann1981 (cuma 'baru' = kata bantu, dan bukan perbuatan). Indonesia & Brunei masih menggunakan hukum lama (Megat).

Secaa peibadi, kalau nak jawab SPM maka gunalah Tatabahasa Dewan. Tapi dai segi hukum bebahasa Melayu menuka ganti bau/bahau tidak menjadi kesalahan. (tiba-tiba huuf '' aku osak, haap boleh faham :p )
 
apa kebaikan?

nampak cam menyusahkan je....
 
barua betul budak yang baru aku jumpa tadi dikedai yang baharu buka di johor bahru dan cawangan di kota bharu.
 
salam,

penggunaan baharu dan baru adalah berbeza.

baharu = new. contoh: saya membeli kereta baharu
baru = just now. contoh: baru tadi dia jumpa saya

tak sama la...
dua-dua membawa maksud yg berbeza..

BAHARU -->>> Digunakan untuk menerangkan sesuatu benda yang belum pernah ada/miliki sebelum ini.


BARU --->> lebih kepada perbuatan.


cth:

BAHARU :
1. Model kereta XX adalah model BAHARU keluaran syarikat itu.
2. Ali membeli sepasang baju BAHARU utk dijadikan hadiah buat kawannya.


BARU:
1. Kereta itu baru sahaja lalu di hadapan rumah itu.
2. Mesyauarat itu baru sahaja dimulakan beberapa minit yang lepas.
3. Saya baru je sampai tadi


hahah..macam cikgu kelas BM lak aku nie...:eek::))

bulan lepas aku ada pergi kursus Tatabahasa dalam Surat Rasmi anjuran DBP..penceramah oleh Munsyi Dewan, nama dia aku dah lupa...dia ada terangkan perbezaan BAHARU dan BARU...dan contoh kawan kita bagi di atas adalah penggunaan perkataan BAHARU dan BARU yang betul...

Mungkin ada orang kata nanti kena gelak :eek: ngan kawan2 bila pakai perkataan baharu dalam perbualan, aku rasa itu bukan isu pun..zaman sekarang mana ada orang guna bahasa baku pun bila berborak/sms.dah tentu guna bahasa harian atau bahasa pasar..bahasa baku hanya untuk majlis rasmi/persuratan sahaja.
sekian...
 
Baharu = menunjukkan sifat
Baru = merujuk kepada masa

Contoh,
"Buku baharu itu baru sampai tadi"
"Kereta baharu saya, baru sahaja dilanggar oleh motosikal"
 
yg aku tau..

BAHARU ni merujuk kpd sesuatu benda yg da wujud/ada dan ditambah baik atau diperBAHARUi..
BARU pula merujuk kpd benda yg masih belum ada la..boleh jgk merujuk kpd masa spt yg dikatatan di atas..
 
Back
Top
Log in Register