BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baru sertai perlawanan profesional, petinju muda dibunuh, anggota badan dikerat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Baru sertai perlawanan profesional, petinju muda dibunuh, anggota badan dikerat​

3520750.webp

Mangsa, Yeiner Andres Gomez Sandoval, 28, dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum anggota badannya ditemukan terapung di Sungai Magdalena berhampiran Barranquilla. Foto Agensi

BOGOTA – Seorang petinju muda Colombia ditemukan mati dalam keadaan mengerikan selepas mayatnya dikerat dan dicampakkan ke dalam sungai hanya beberapa jam selepas menjalani pertarungan profesional pertamanya.

Mangsa, Yeiner Andres Gomez Sandoval, 28, dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum anggota badannya ditemukan terapung di Sungai Magdalena berhampiran Barranquilla pada Isnin lalu.

Mayat mangsa dikenal pasti ibunya menerusi beberapa tatu khas pada tubuh termasuk tatu ular di bahagian badan, kepala naga di bahu serta nama adiknya di leher.

Menurut laporan media tempatan, sebahagian anggota badan mangsa masih belum ditemukan dan operasi pencarian sedang dijalankan pihak berkuasa.

Sebelum kejadian, Yeiner baru sahaja membuat penampilan sulung profesionalnya dalam kejohanan tinju WBA Future Champions Colombia di Barranquilla.

Dia tewas menerusi keputusan mata sebulat suara kepada petinju, Leider Galvis dalam pertarungan utama kejohanan tersebut.

Menurut keluarga, Yeiner sempat meluangkan masa bersama ibu dan anaknya selepas perlawanan sebelum kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya pada petang Ahad sempena sambutan Hari Ibu di Colombia.

Jurulatihnya, Miguel Angel Guzman berkata, beliau tidak mengetahui sebarang ancaman atau masalah peribadi yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan kejam tersebut.

Pihak polis kini sedang menyiasat pergerakan terakhir mangsa dan motif pembunuhan, namun belum mengeluarkan sebarang teori rasmi berhubung kes itu.

Rakan serta ahli keluarga mangsa mendiang akan menuntut keadilan segera terhadap pelaku pembunuhan sadis berkenaan.-Agensi

 
Back
Top
Log in Register