BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baring paling lama dapat lebih RM1,000

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

Baring paling lama dapat lebih RM1,000​

geli-baring.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan sejumlah peserta sedang berbaring di atas tilam. - TikTok

JAKARTA – Sebuah pusat beli-belah di Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta mengundang perhatian orang ramai apabila mengadakan pertandingan berbaring paling lama dengan pemenang akan menerima wang 5 juta rupiah (RM1,115), lapor portal berita Sumut Pos.

Pertandingan itu diadakan di Jogja City Mall, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan sejumlah peserta sedang berbaring di atas tilam.

Mereka tidak dibenarkan untuk makan, minum, bangun dari tilam, menggunakan telefon serta pergi ke tandas.

Peserta yang berbaring paling lama tanpa tertidur akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak 5 juta rupiah.

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Pertandingan ini sesuai dengan minat saya,” kata seorang netizen.

“Akhirnya, berbaring bukan lagi dianggap sebagai malas tetapi profesional,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register