BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa tikam anak sendiri

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
JOHOR BAHRU – Hanya berselisih faham dengan anak yang meminta bapanya mengalihkan kereta di tempat meletak kereta milik jiran, seorang bapa tergamak menikam anak sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam semalam, di kawasan perumahan Taman Dahlia Tampoi di sini, mangsa, Muhammad Afiq, 22, cedera di bahagian belakang atas pinggang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suspek Zainuddin Hassan, 48, telah menikam anak sendiri dengan menggunakan sebilah pisau.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

“Suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata merbahaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/bapa-tikam-anak-sendiri-1.49863
 
Ada record jenayah dadah pun boleh bekerja sebagai pengawal keselamatan.
 
tergamaknye dia tikam anak dia...
 
Camne ada kes jenayah boleh kerja pegawai keselamatan?
 
main sebat jek jadik guard, bahaya woo
 
bapak yang berfikiran pendek..
 
Back
Top
Log in Register