eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam bapa tertuduh pertama kes pembunuhan suami isteri pada Aidilfitri tahun lalu ada menerapkan fahaman al-Arqam kepada anak-anaknya sejak kecil.
Saksi pendakwaan ke-19, Mohamed Ali Kader Mydin, 49, yang juga bapa saudara tertuduh dalam keterangannya berkata, Abdul Razak, 51, menyertai pertubuhan itu berbelas tahun lalu dan pernah menghantar anaknya, Muhammad Ilyas, 23, ke tadika al-Arqam.
Ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Aizatul Azura Zainal Abidin, Mohamed Ali berkata, tertuduh mempunyai pengaruh Arqam kerana dididik mengenai pemahaman ajaran itu oleh bapanya.
AIZATUL AZURA: Ada tak dalam pengetahuan awak, Razak menyertai mana-mana ajaran?
MOHD ALI: Saya tahu dulu dia menyertai Arqam.
AIZATUL AZURA: Sejak bila?
MOHD ALI: Berbelas tahun lalu mungkin 10 hingga 15 tahun.
AIZATUL AZURA: Bagaimana dengan arwah Ibrahim, adakah dia juga menyertai Arqam?
MOHD ALI: Saya tak tahu. Saya hanya tahu Razak saja.
AIZATUL AZURA: Bila Razak sertai Arqam, apa reaksi awak?
MOHD ALI: Saya tak setuju dari mula lagi. Saya tegur dia, tapi dia masih dengan pertubuhan itu. Saya tiada kuasa nak larang dia. Saya nasihat dia tapi perbalahan yang berlaku.
AIZATUL AZURA: Apa reaksi adik-beradik lain?
MOHD ALI: Masing-masing ada pendapat sendiri.
Ketika mahkamah menayangkan rakaman upacara rawatan pelik kepada saksi bagi mengenal pasti mana-mana yang disebut tertuduh dalam rakaman itu, dia sebak dan tidak melihat skrin.
Dia berkata demikian dalam perbicaraan pembunuhan Mohd Ibrahim Kader Mydin, 47, dan Rosina SM Mydin Pillay, 41, di Blok Flet Seri Sarawak, Jalan Kenanga, antara jam 12 tengah hari hingga 8 malam 1 Oktober 2008.
Perbicaraan bersambung 20 November depan.