BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa rantai anak pada tiang

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
du_02.1.jpg

LEHER seorang remaja berusia 13 tahun dirantai pada sebatang tiang elektrik di Battambang semalam. - AFP

BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.

Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.

Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.

"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.

Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.

Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.

Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.

"Dia sedang diburu," kata pegawai berkenaan.

"Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.

Penggunaan Internet di Kemboja adalah antara yang terendah di Asia Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduk Kemboja menggunakan kemudahan tersebut. - AFP
 
dlu masa aku kecik2 ada membe aku kena ikat ngan ayah dia kat pokok siap ada kerengga lagi..hehe..kesian..smpai merah2 kena gigit
 
xpatut ni...cuba la kaedah lain..
 
la..kemboja ingat malaysia....
 
ok je tu... time saya kecik2 kena pukul. kawan kena letak dalam guni pas tu gantung kat pokok. skrg dia jadi doc. pas tu kita org jumpa balik boleh gelak pasal tu... skrg ni media massa and mak bapak lembut sgt ngan anak2 kot. :D
 
ok je tu... time saya kecik2 kena pukul. kawan kena letak dalam guni pas tu gantung kat pokok. skrg dia jadi doc. pas tu kita org jumpa balik boleh gelak pasal tu... skrg ni media massa and mak bapak lembut sgt ngan anak2 kot. :D

cara didikan zaman dulu x sama ngan zaman skrg kot
 
Back
Top
Log in Register