BTC USD 81,293.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bapa campak anak dalam banjir

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,714
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,714
Reaction score
1,682
Points
201
Bapa campak anak dalam banjir


JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang lelaki mencampakkan anaknya yang masih kecil ke sebatang jalan yang ditenggelami banjir, lapor portal berita Liputan 6 semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Perum Logam Bangun Setia 2 dekat Bekasi, wilayah Jawa Barat.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform TikTok menunjukkan suspek menjerit sebelum mencampak anaknya dengan kuat.

Ketua Polis Metro Bekasi, Komisioner Onkoseno Grandiarso Sukahar berkata, suspek dikenali sebagai FY ditahan selepas isterinya membuat laporan.

“Anak mereka yang berusia dua tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian tangan, kaki serta pinggul.

“Suspek ditahan dan siasatan sedang giat dijalankan,” tambahnya. – AGENSI.

Artikel Kosmo Online


 
Back
Top
Log in Register