BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa, anak ditemui meninggal dunia, cecair mayat menitis bawah rumah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
3300731.webp

Mayat lelaki itu ditemui di dalam bilik tidur, manakala anak perempuannya dijumpai berhampiran pintu utama di ruang tamu. Foto Shin Min Daily News

SINGAPURA - Seorang lelaki dan anak perempuannya ditemui meninggal dunia di flat Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) Sengkang pada Isnin.

Menurut laporan Shin Min Daily News, penemuan mayat mereka berlaku sekitar jam 1 tengah hari di sebuah unit di tingkat lapan, Blok 324D, Sengkang East Way.

Mayat lelaki itu ditemui di dalam bilik tidur, manakala anak perempuannya dijumpai berhampiran pintu utama di ruang tamu.

Katanya, polis telah menutup sebahagian kawasan koridor, dan beberapa anggota polis dilihat berkawal di luar flat tersebut.

Kejadian itu terbongkar selepas seorang penghuni unit di bawah flat mangsa menyedari bau busuk serta cecair yang menitis dari siling rumahnya.

Anak kepada penghuni itu, yang dikenali Zeng, memberitahu, dia menerima panggilan daripada ibunya yang berusia 70 tahun sekitar jam 6 pagi, memaklumkan tentang cecair dan bau tersebut.

Apabila dia tiba di rumah ibunya sekitar jam 9 pagi, dia cuba membersihkan cecair itu menggunakan tisu dengan tangan kosong namun cairan merah tersebut melekit dan berbau sangat busuk.

Dia kemudian pergi bekerja, tetapi apabila menghubungi ibunya semula pada petang hari, ibunya berkata bau semakin teruk.

"Semakin saya fikir, semakin saya rasa ada sesuatu yang tak kena, jadi saya putuskan untuk hubungi polis," katanya.

Ibunya kini berpindah sementara ke rumahnya sementara kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Dalam kenyataan kepada portal Mothership, polis mengesahkan menerima laporan mengenai kes kematian tidak semula jadi di Blok 324D Sengkang East Way sekitar jam 1:35 tengah hari itu.

Seorang lelaki dan seorang wanita berusia 47 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam unit berkenaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dilaporkan mayat lelaki itu telah reput dengan teruk, menyebabkan proses pengecaman perlu dilakukan dengan lanjut dan siasatan polis masih dijalankan.

Seorang jiran wanita berusia 51 tahun, dikenali sebagai He, memberitahu pada asalnya terdapat tiga ahli keluarga yang tinggal di unit itu.

Namun, sejak sekitar tahun 2017, wanita tua (mungkin ibu kepada anak perempuan itu) sudah tidak kelihatan dan dia menganggap wanita tersebut sama ada telah meninggal dunia atau berpindah.

Selepas itu, hanya bapa dan anak perempuannya tinggal di situ dan mereka jarang sekali berinteraksi dengan jiran.

Katanya, si bapa seorang yang pendiam dan sering memakai seluar pendek, pelitup muka, serta topi setiap kali keluar rumah.

Dia juga sering dilihat membawa dua bungkus nasi pulang ke rumah.

"Saya pernah menegurnya, tapi dia buat tak tahu. Kali terakhir saya nampak dia sekitar bulan Julai dan kali terakhir saya nampak anak perempuannya ialah semasa sambutan Tahun Baharu Cina," katanya.

Seorang lagi jiran, Jia Lan, berusia 69 tahun berkata, pasangan berkenaan jarang keluar rumah dan kali terakhir dilihat pada hujung Ogos.

Menurutnya, si bapa kelihatan sihat, namun anak perempuannya dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Beberapa jiran turut memberitahu anak perempuan terbabit kadang-kadang dilihat bercakap dan ketawa sendirian serta sering mengelak daripada dilihat orang lain di dalam lif.

Seorang jiran mendakwa wanita itu pernah dilihat bertepuk tangan dan menyanyi di depan lif malah beberapa kali dilihat berjalan tanpa arah di seberang jalan.

Namun, pasangan bapa dan anak itu tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada penduduk lain.

Menurut Shin Min Daily News, beberapa jiran mula menyedari bau pelik sejak kira-kira sebulan lalu.

Seorang jiran berusia 75 tahun dikenali sebagai Ceng berkata, dia perasan bau seperti belacan sejak kebelakangan ini dan pihak berkuasa pernah datang beberapa minggu lalu untuk menyiasat.

Penduduk lain di tingkat 10 pula berkata, bau tersebut semakin kuat dalam beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan dia menutup pintu dan tingkap rumah.

Penghuni flat, Jia Lan pula turut memaklumkan dia menerima risalah daripada pihak berkuasa bulan lalu, bertanyakan sama ada dia menghidu sebarang bau luar biasa.

 
14079948445740557-331206.jpg

14079948445740557-331207.jpg

14079948445740557-331208.jpg

14079948445740557-331209.jpg


DUA BERANAK DITEMUI MATI DALAM RUMAH DI SENGKANG EAST WAY, SINGAPURA

SINGAPURA, 9 Okt 2025 – Penduduk di kawasan perumahan Sengkang East Way dikejutkan dengan penemuan dua mayat, dipercayai seorang bapa dan anak perempuannya, di sebuah unit pangsapuri pada Isnin lalu.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF), pihaknya menerima panggilan mengenai kes kematian tidak semula jadi di Blok 324D, Sengkang East Way pada kira-kira jam 1.35 petang, 6 Oktober 2025.

Setibanya di lokasi, polis menemui dua mayat, seorang lelaki dan seorang wanita di dalam rumah tersebut.

Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati wanita berusia 47 tahun itu dipercayai tinggal bersama bapanya yang sudah lanjut usia.

Polis kini sedang mengesan waris atau ahli keluarga bagi membantu siasatan serta pengesahan identiti penuh mangsa.

Penduduk di blok berkenaan memaklumkan bahawa mereka mula menyedari bau busuk sejak beberapa minggu lalu.

Ada yang melaporkan bau itu semakin kuat sejak hujung September dan turut mengadu terdapat cecair meresap ke unit di bawah kediaman mangsa.

Menurut seorang jiran, kali terakhir mereka melihat wanita berkenaan ialah pada akhir Ogos, sebelum kedua-duanya hilang dari pandangan.

“Kami sangka mereka keluar bercuti atau berpindah. Tak sangka rupanya dah lama meninggal dunia,” katanya kepada media tempatan.

Siasatan juga mendapati mayat lelaki itu berada dalam keadaan dekomposisi teruk, dipercayai meninggal dunia lebih awal berbanding wanita tersebut.


Keluarga berkenaan dikatakan jarang bergaul dengan penduduk lain di blok tersebut.

Polis Singapura menegaskan bahawa kes ini diklasifikasikan sebagai kematian tidak semula jadi, dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kedua-dua mangsa.

Pihak berkuasa turut menyeru mana-mana individu yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan untuk menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

(Sumber: The Straits Times, AsiaOne, Mothership, STOMP, laporan polis Singapura)
 
adeh banyak kes mcm ni, dok umah flat jiran2 sbelah ajo tibo2 lamo x tk nmpk btg idung

tau2 sebulan lbh bau busuk.... tengok2 dah mati

berbaiklah dgn jiran2 kasi no telepon, supayo org amik berat kek kito klu x nmpk 2-3 hari blh call tanyo kabar
 
Back
Top
Log in Register