BTC USD 84,825.1 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banyaknya Surau....

teringat dgn ceramah sorg ustaz merujuk pandangan para ulama';

umat Islam skrg ini sedang di azab oleh Allah SWT, yakni hati2 mereka dipaling dpd mengingati Allah, kaki mereka diberatkan utk datang ke masjid2 Allah. Kesan dpd dosa yg dilakukan dan tiada usaha utk membersihkan dosa2 tersebut.

ps: Solat berjemaah dimasjid merupakan salah satu ukuran hubungan kita kpd Allah SWT.

Wallahualam.
 
baguslah perbanyak surau. terutamanya kat shoping complex, hotel-hotel, kedai-kedai makan, kawasan perumahan, taman-taman bunga, tepi pantai, tempat kerja dll. tiada alasan lagi utk meninggalkan solat.
 
soalan:
Adakah hasil sunat sembahyang tahiyyatul masjid apabila dilakukan di tempat-tempat ibadat seperti surau, langgar, balai Islam dan sebagainya. Adakah hasil juga sunat iktikad di tempat tersebut?


Jawapan:

Telah menjadi suatu adat kebiasaan bagi orang ramai memanggil atau menamakan sesuatu tempat ibadat itu "masjid", iaitu didirikan padanya sembahyang Jumaat dan yang tidak didiri padanya sembahyang Jumaat dipanggil atau dinamakan surau, balaisah, langgar dan sebagainya. pada hakikatnya dari pandangan syarak kedua-dua tempat itu diistilahkan dengan nama "masjid" belaka, cuma yang didirikan padanya sembahyang Jumaat dinamakan "Masjid Jamek", maka dengan itu segala sembahyang sunat tahiyyatul masjid atau iktikaf "berhasil" jika dilakukan di dalam masjid/surau dan sebagainya yang diwakaf atau dikhaskan semata-mata bagi tujuan tempat sembahyang dan syiar Islam, sekalipun tempat itu tidak didirikan padanya sembahyang Jumaat.

rujukkan: http://infad.usim.edu.my/modules.ph...=article&sid=3689&mode=thread&order=0&thold=0 :-?
 
baguslah perbanyak surau. terutamanya kat shoping complex, hotel-hotel, kedai-kedai makan, kawasan perumahan, taman-taman bunga, tepi pantai, tempat kerja dll. tiada alasan lagi utk meninggalkan solat.

kalau jarak antara masjid dengan surau dalam lingkungan 500meter, OK juga ...:-?
 
Isu ni taklah kritikal sgt klu dibandingkan persen penduduk sekitar g solat jemaah.
Persen yg dtg solat jemaah 5 waktu (tak kisahlah kat surau atau masjid x smpi pun dari 50 persen)

Pendapat aku pasal isu ni. Sebenarnya surau yg byk ada pro dan kontra.
surau yg byk bukan punca perpecahan. Tapi memang dah bergaduh dr awal lg.

Kelebihan
1. Senang nak menunaikan solat berjemaah
2. jimat masa
3. memudahkan musafir solat
4. dll

kekurangan
1. Jemaah solat jumaat dibahagikan ikut surau tmpt tinggal
2. Nampak mcm tak bersatu. Tak kenal jemaah surau sebelah
3. Jarang jumpa jemaah sebelah
4. dll
 
Aku lbih suka klu smua surau bleh diadakan solat jumaat dgn syarat jarak dan jum penddk yg sesuai.
Klu jrk nya dekat sekitar 500m, elok digabungkan je jemaah tu.
 
kalau ada masjid, 'rugi' kalau ke surau.sbb dpt pahala jln yg jauh serta kat masjid boleh niat iktikaf, surau x bleh.
 
Back
Top
Log in Register