BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantuan RM500

Pak M

Active Member
Messages
1,957
Joined
Mar 26, 2010
Messages
1,957
Reaction score
281
Points
41
LHDN keluarkan borang bantuan isu rumah bulan hadapan


Borang pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr. Mohd Shukor Mahfar berkata, borang itu boleh dimuat turun menerusi laman web LHDN selain diperoleh di semua pejabat agensi berkenaan.
Beliau berkata, borang itu juga mungkin disiarkan dalam akhbar dan setelah mereka yang layak menghantar borang tersebut kepada LHDN, pembayaran dijangka mula dibuat pada bulan Januari.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Kewangan sedang memperkemaskan ”definisi isi rumah” yang telah siap 98 peratus dan dijangka disempurnakan dalam masa dua minggu lagi.
Mohd Shukor berkata, pembayaran kepada penerima yang layak akan dibuat melalui Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik.
Beliau berkata, pihaknya juga akan mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang layak menerima bantuan tersebut. - Bernama
 
adess..den xdpt...
igt nk declare gaji 500 je sebulan..
ari2 da isi borang pcb plak..
 
sape2 yg layak,jgn lupe mintak borang la.. hehehe
 
hehe.. :D:D
kena bagi kepada mereka yg memerlukan la..
:">

pada yg tak memerlukan tapi gatai tgn pergi sebelum ni tak pernah kene cukai tiba2 pulak kene bayar cukai pulak :eek::eek:
 
Last edited:
aku lebey la skit..rm4000..tapi tak cukup pun....
tolak itu ini...pasar aje dulu rm50 skang barang naik dekat rm100
apa aku kategory senang ke..
hari2 kat tmpt kerje tak makan
 
-kepada yg bergaji lebih rm3000 sebulan sebenarnya boleh memohon.pengiraan dia nanti akan tolak mengikut komitmen2 bulanan yg tersenarai.lepas tu baru dia kira bersih.cuma berita tak berapa nak jelas pasal benda2 ni.-

sumber: Member sendiri pergi lhdn tanya
 
tu la pasal LHDN yg keluar borang tu..
kalau pej pos .. lg senang kena tipu
 
tu la pasal LHDN yg keluar borang tu..
kalau pej pos .. lg senang kena tipu

betul.. aku setuju.. biar la golongan sasaran je yg dapat. proses nie nmpak telus.. :D
 
-kepada yg bergaji lebih rm3000 sebulan sebenarnya boleh memohon.pengiraan dia nanti akan tolak mengikut komitmen2 bulanan yg tersenarai.lepas tu baru dia kira bersih.cuma berita tak berapa nak jelas pasal benda2 ni.-

sumber: Member sendiri pergi lhdn tanya

malas nya nak ke lhdn....
 
Back
Top
Log in Register