BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlis Beri Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam Negeri

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
b1e3fa1bb53dadd72d16d1dc45a4c9e46937ab54aebed

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli

Kerajaan Negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata bantuan itu akan dibayar pada Januari tahun depan.

“Kerajaan negeri berharap agar penjawat awam dapat meningkatkan tahap produktiviti, kecekapan serta kualiti hasil kerja selaras dengan penambahbaikan yang diterima demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan memperkukuh tadbir urus kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Perlis 2026 bertemakan ‘Perlisku Bestari Rakyat Sejahtera’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata penstrukturan semula gaji penjawat awam negeri itu melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 yang akan berkuat kuasa Januari 2026 melibatkan penambahan sebanyak RM3.28 juta.

 
Back
Top
Log in Register