BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantuan Pelajar Palestin Di Malaysia Tidak Guna Dana Kerajaan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146
b6f1d7b6d9e0c8adbe44327728502929698d5fc0d4577

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa bantuan kewangan yang disalurkan kepada pelajar Palestin di negara ini tidak melibatkan peruntukan dana kerajaan, sebaliknya hasil sumbangan sektor korporat dan orang ramai.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim berkata bantuan itu disalurkan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di bawah kelolaan Kementerian Luar Negeri.

“Bantuan ini diwujudkan berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Nov 2023, dan ingin saya tegaskan bahawa bantuan ini tidak melibatkan dana kerajaan.

“Sebaliknya, ia disalurkan kepada penerima daripada sumbangan masyarakat awam dan sektor korporat, dengan pengurusan dana dikendalikan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi memastikan penyaluran dan kutipan dijalankan secara telus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai rasionalisasi kerajaan membantu pelajar asing ketika masih terdapat pelajar tempatan B40 yang memerlukan bantuan.

Adam Adli berkata antara penyumbang dana berkenaan termasuk Yayasan Raja Zarith Sofiah, Majlis Agama Islam Johor, Yayasan Al-Bukhary, Malaysian Relief Agency serta beberapa yayasan di bawah Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Dana itu ialah inisiatif khas secara sekali beri yang dikutip menerusi tabung yang diwujudkan KLN.

Hingga 31 Dis 2024, sebanyak 375 pelajar Palestin yang aktif di IPT Malaysia telah menerima bantuan melibatkan jumlah keseluruhan RM4.3 juta, merangkumi bantuan yuran pengajian serta kos sara hidup.

Beliau berkata penyaluran itu adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPT, iaitu Garis Bantuan dan Terma Penyaluran Bantuan Sara Hidup kepada pelajar warganegara Palestin di universiti awam.

 
Back
Top
Log in Register