BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantuan : Anak Yatim Aceh

awek_goku

Active+ Member
Messages
3,867
Paid Membership
Joined
Jan 8, 2006
Messages
3,867
Reaction score
10
Points
25
DALAM kesyahduan Ramadan kita sering terkenang nasib umat manusia yang ditimpa musibah dan kemiskinan. Lebih-lebih lagi nasib golongan anak-anak yang suci bersih dan tidak berdosa.

Apatah lagi nasib anak-anak yatim. Senario ini bukan sahaja menerobos nasib anak-anak yatim di tanah air, malah anak-anak yatim di seluruh dunia. Yang paling cepat menangkap kotak fikiran kita ialah anak-anak yatim di Aceh, Indonesia.

Hampir dua tahun kejadian gelombang tsunami menerjah bumi Aceh dan lebih 240,000 menjadi korban, manakala lebih 40,000 kanak-kanak menjadi anak yatim atau yatim piatu.

Pada Ramadan yang baru lalu, bahang peristiwa dahsyat itu masih terasa terutama di kalangan anak-anak yang ditinggalkan oleh orang yang mereka sayangi. Peristiwa tsunami meragut nyawa orang tua mereka seperti direntap sekelip mata. Sekarang mereka terkapai-kapai mencari hala tuju untuk meneruskan kehidupan.

Selepas peristiwa tersebut, banyak ditubuhkan rumah anak-anak yatim untuk memberi sokongan, bantuan, pembiayaan dan menyara kehidupan anak-anak yatim ini. Salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia yang memberi sumbangan membantu anak-anak yatim hingga ke hari ini ialah Persatuan Belia Sri al-Ain (Bersama) yang berpusat di Kajang, Selangor.

Sejak kejadian tsunami pada 26 Disember 2004, Bersama mengambil langkah membantu anak-anak yatim yang begitu ramai dengan menubuhkan sebuah yayasan yang dikenali sebagai Yayasan Antarabangsa Sri al-Ain Aceh. Yayasan ini menubuhkan sebuah rumah anak yatim yang dinamakan Rumah Anak Yatim Darul Tahfiz Sri al-Ain. Pembiayaan adalah hasil sumbangan orang perseorangan, golongan korporat, syarikat swasta dan agensi.

Yayasan ini gigih berusaha untuk membantu penghuni rumah anak yatim ini mencapai matlamat yayasan iaitu ingin melahirkan individu yang berketerampilan dalam segenap bidang kehidupan khususnya dalam bidang menghafal al-Quran di samping berjaya dalam bidang akademik.

Anak-anak ini sentiasa disedarkan bahawa bangsa Melayu beragama Islam adalah satu rumpun bangsa yang luas di nusantara berasal dari satu keturunan.

Suatu masa dulu bangsa Aceh pernah menjadi peneraju dan banyak mempengaruhi kegemilangan agama Islam di rantau ini. Sejarah tidak pernah melupakan kehebatan zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda yang alim, bijaksana dan adil. Baginda telah menjulang nama Aceh sebagai serambi Mekah.

Malah Malaysia atau Tanah Melayu ketika itu pernah menjadi sebahagian dari jajahannya. Sejarah ini masih terukir dengan peninggalan beberapa tempat bersejarah seperti Makam Puteri Pahang di Banda Aceh dan juga beberapa Kampung Aceh yang terdapat di Pekan, Pahang, Port Dickson, Negeri Sembilan, di Johor, Kedah dan Melaka.

Jadi apabila bencana tsunami menimpa Aceh, bahangnya dirasai oleh rakyat Malaysia yang banyak membantu mereka. Anak-anak yatim yang ramai di Aceh selepas tsunami adalah di antara golongan yang mendapat perhatian berat walaupun tidak semewah rumah anak yatim di Malaysia.

Malangnya hari ini sebahagian besar warga Aceh sudah melupai sejarah ini. Malah anak-anak tidak pernah mendengar sejarah ini. Dalam bulan Ramadan yang mulia, hati mereka masih dilukai oleh peristiwa menyayat hati gelombang tsunami.

Namun di dalam kemuraman ini mereka harus terus membina semula kehidupan bagi memartabatkan bangsa Aceh dan menyambung perjuangan orang tua mereka sebagai bangsa yang penuh dengan adat dan semangat bertunjangkan agama.

Sebenarnya yang pergi tetap pergi dan yang hidup harus meneruskan misi kehidupan ini dengan tabah. Ramadan 1427H yang lalu adalah kali kedua anak-anak yatim ini berpuasa tanpa ibu dan bapa mereka. Kesedihan dan kepiluan hati anak-anak amat ketara dalam bulan syahdu ini.

Walau pun begitu, Ramadan di Aceh lebih meriah berbanding dari Ramadan di Malaysia. Adalah menjadi tradisi adat menyambut Ramadan ini orang ramai akan mengadakan sambutan hari ‘membantai’ sehari sebelum berpuasa iaitu dengan menyembelih lembu, kerbau, kambing atau sekadar ayam serta membuat lemang dan ketupat.

Suasana ini sama seperti adat di Negeri Sembilan. Orang ramai keluar membeli daging yang dijual di tepi-tepi jalan untuk di masak dalam upacara ‘makan besar’. Semua sanak saudara dan adik-beradik berkumpul di rumah orang tua. Adat ini sudah menjadi tradisi tanpa mengira sama ada orang miskin atau orang kaya. Di Rumah Anak Yatim Sri al-Ain semua penghuni berkumpul sebagai satu keluarga besar.

Kedatangan malam 1 Ramadan disambut dengan anak-anak keluar beramai-ramai ke jalan-jalan raya sebaik masuk waktu Maghrib sambil memukul drum, kompang, rebana atau sekadar tin kosong.

Bulan Ramadan di Aceh adalah musim cuti sekolah. Ini membolehkan mereka menumpukan kepada amal ibadah di bulan puasa. Anak-anak yatim di rumah Sri al-Ain menyusun program berbentuk ibadah untuk mengisi masa lapang dengan belajar membetulkan bacaan al-Quran, hafalan dan bertadarus.

Ini juga merupakan program utama, sama ada di madrasah, masjid atau di rumah anak yatim. Bagi program sokongan pula mereka akan mengamalkan zikir-zikir yang boleh melunakkan hati mereka. Zikir merupakan satu amalan khususnya di kalangan anak-anak di madrasah atau pondok-pondok pengajian di Aceh. Anak-anak kecil pun sudah mampu mengamalkan zikir-zikir dalam pelbagai bentuk, irama, intonasi dan aksi.

Waktu berbuka pula adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak yatim. Mereka ini akan makan apa sahaja yang dihidangkan. Pada ketika ini keenakan dan kelazatan makanan bukan lagi menjadi habuan selera mereka. Bagi mereka, mereka lebih bernasib baik berbanding ramai lagi anak yatim yang lebih malang dengan tinggal di kemah-kemah sementara walaupun tsunami telah hampir dua tahun berlalu.

Mereka dapat menerima hakikat bahawa hidup mereka pada hari ini adalah peninggalan sisa-sisa dari bencana alam yang sangat dahsyat yang telah membawa pergi kasih sayang ibu ayah dan orang-orang tersayang. Mereka tidak mungkin akan kembali lagi. Mereka juga pasrah yang mereka harus meneruskan kehidupan dengan menumpang cebisan kasih dari ibu bapa angkat mereka.

Menu berbuka mereka adalah makan nasi dengan lauk ikan sejenis dan sayur-sayuran sejenis serta air kopi Aceh. Sekali-sekala mereka akan dapat menikmati juadah kuih. Mereka akan ke masjid berhampiran untuk solat Isyak berjemaah serta solat terawih dan witir. Selepas solat terawih mereka akan bertadarus dan ditutup dengan mengalunkan zikir-zikir.

Selepas itu mereka akan moreh bersama-sama. Kadang kala amalan bertadarus diadakan di rumah saja. Inilah tradisi ibadah rakyat Aceh dan sehingga ke hari ini menjadi adat kepada generasi mereka.

Hari Raya Aidilfitri, Selasa lalu memang dinantikan oleh anak-anak yatim ini dengan penuh debaran. Ini kerana mereka dihadiahkan baju raya dan duit raya oleh ibu bapa angkat. Ada yang dapat songkok baru. Mereka akan sama-sama menyediakan juadah untuk menyambut lebaran.

Selepas solat Hari Raya Aidilfitri mereka menziarahi kubur besar tempat bersemadinya puluhan ribu orang yang tersayang yang menjadi mangsa tsunami. Apakah jasad orang yang tersayang berada di dalam kubur besar yang mereka ziarah itu? Tiada siapa dapat menentukan kerana di kubur besar itu tidak tercatit senarai korban yang disemadikan di situ.

Cuma anak-anak yatim berharap dengan bacaan al-Fatihah atau surah Yasin serta taburan doa yang mereka sedekah akan sampai kepada orang yang mereka kasihi, walau di mana jua bersemadinya jasad mereka.

Kini kehidupan anak-anak yatim lebih ceria dan mereka telah dapat mengubahsuai diri dengan mengecap hidup ini dengan belajar bersungguh sungguh. Mereka lebih tabah dalam menyelesaikan masalah hidup.

Pengarah Rumah Anak Yatim Darul Tahfiz Sri al-Ain merangkap Presiden Bersama, Rusnah Abu Bakar berkata, dalam rangka untuk memberi sedikit keselesaan kepada anak-anak yatim ini pihaknya berharap orang ramai sudi menyumbang pelbagai bentuk bantuan berupa pakaian, makanan, ubatan dan kewangan untuk mereka.

Katanya, anak-anak yatim di Aceh tidak sama dengan anak-anak yatim di Malaysia. Bilangan anak yatim di Aceh terlalu ramai dan masyarakat tidak mampu untuk memberi tumpuan kepada mereka.

“Hanya sumbangan masyarakat luar seperti kita di Malaysia saja yang dapat menyambung kehidupan mereka. Mereka tidak kenal majlis berbuka puasa dengan berbagai jenis hidangan dan sambutan hari raya dengan pakaian berwarna warni.

“Bagi mereka cukuplah sekadar perut mereka teralas dan pakaian dapat di tukar dengan yang baru saja hasil dari sumbangan dari ibu bapa angkat mereka,” jelas.

Mereka yang ingin menyumbang untuk Rumah Anak Yatim Darul Tahfiz Sri al-Ain atau ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha bolehlah menghubungi Rusnah di talian 03-87394129 atau 013-3596574.
 
Tak leh ke CG jadi org tgh... kite collect fund dari member2 semua berapa yg terdaya.. pastu Bro Dann sampaikan bg pihak kite.. :-D



p/s Carigold sambil caripahala :-D
 
mintak je jutawan2 acheh yg bisnes haram kat malaysia ni donate kat anak bangsa diorang.
 
tmpt aku de ank2 yatim PERKAYA...leh tlg gek...
jgn plak kera d hutan.....(sambung sndiri r)
 
Salam, awek goku masih berhubung dengan Ummi Rusnah? awek goku ni lelaki ke perempuan?
 
Ummi Rusnah

Salam, awek goku masih berhubung dengan Ummi Rusnah? awek goku ni lelaki ke perempuan?
 
uikss...thread lama betul ni...
 
Back
Top
Log in Register