BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantu syarikat lokal ke global

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Ismail (empat, kiri) bersama kepimpinan pengurusan Standard Chartered Bank.​

STANDARD Chartered Bank percaya bank berkenaan mempunyai peranan besar untuk dimainkan dalam memberi nasihat dan memudahcarakan syarikat berskala sederhana Malaysia yang berminat untuk berkembang melangkaui sempadan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Standard Chatered Bank Malaysia, Mahendra Gursahani berkata, terdapat banyak peluang dalam pasaran di luar sempadan negara.

"Bagaimanapun, terdapat juga cabaran perlu dihadapi syarikat berskala sederhana tempatan yang berusaha ke arah antarabangsa.

"Cabaran ini termasuk ketidakbiasaan dengan kawal selia persekitaran dan mencari kemudahan kredit bagi keperluan tenaga kerja," katanya pada persidangan bertema 'Meningkatkan Peluang Merentasi Sempadan Asean dan Selebihnya' di Puteri Harbour.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Datuk Ismail Ibrahim dan Ketua Pelanggan-pelanggan Komersial Global Standard Chartered, Andrew Bainbridge.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kaji selidik bebas Standard Chartered Bank yang mendapati lebih 60 peratus syarikat berskala sederhana Malaysia berminat melangkaui negara.

Kaji selidik itu menunjukkan Asean sebagai destinasi popular untuk syarikat Malaysia dengan 76 peratus daripadanya menjalankan perniagaan dalam rantau.

Sementara itu, Andrew berkata, keyakinan hampir 80 peratus syarikat berskala sederhana Malaysia mengenai potensi berkembang perniagaan masing-masing dalam tempoh lima tahun akan datang, memberi petunjuk positif pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Katanya, syarikat berskala sederhana merupakan enjin penting pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan seluruh Asean.
 
Back
Top
Log in Register