BTC USD 27,712.8 Gold USD 1,977.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantu agar industri berdaya saing

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpeg

Mohid Mohamed


KEWUJUDAN dasar dan hala tuju industri pengiklanan negara adalah usaha mencipta industri yang berdaya saing dan telus serta berperanan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Mohid Mohamed berkata, satu resolusi dalam menetapkan asas keperluan dasar pengiklanan akan dirumus itu dijangka bakal menentukan hala tuju industri pengiklanan negara.

“Buat masa ini masih belum ada dasar yang khusus untuk industri pengiklanan, sebab itu kita nak kumpulkan idea dan data daripada pelbagai pihak seperti syarikat penyiaran dan pengiklanan serta ahli akademik dalam seminar hari ini,” katanya selepas merasmikan Seminar
Hala Tuju Industri Pengiklanan Negara, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, industri pengiklanan tempatan kini secara keseluruhannya bernilai lebih RM13 bilion yang dijangka mampu meningkat kepada RM20 bilion menjelang 2020.

Katanya, perkembangan Perbelanjaan Pengiklanan (Adex) dilihat mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi.

“Menurut kajian Nielsen Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, Adex menunjukkan peningkatan sebanyak 13.6 peratus iaitu sebanyak RM5.46 bilion berbanding tahun sebelumnya RM4.81 bilion,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan seminar itu, Mohid berkata, isu sering dibincangkan sama ada dalam Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara adalah berhubung iklan luar negara yang kerap di televisyen sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya, iklan luar negara sering dikaitkan dengan elemen menyanjung budaya asing dan mengetepikan nilai dan budaya tempatan, di samping menyekat peluang industri iklan tempatan.

"Kita harus sedarindustri pengiklanan melibatkan pelbagai pihak seperti media elektronik, cetak, papan tanda, dan media sosial," katanya.

Buat masa ini, iklan media elektronik dipantau Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah KKMM melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Manakala, penapisan iklan dilakukan Lembaga Penapisan Filem di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagi iklan percetakan dan papan iklan pula di bawah KDN, Kmenterian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
Top
Log in Register